fbpx
Now Reading
Siap Dalam Masa 30 Minit, Ini Cara Ganti MyKad Yang Rosak Melalui Panggilan Telefon

Siap Dalam Masa 30 Minit, Ini Cara Ganti MyKad Yang Rosak Melalui Panggilan Telefon

Anda kini tidak perlu menunggu lebih daripada sehari untuk mendapatkan kad pengenalan yang baharu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Perkembangan dan kemajuan teknologi pada masa kini semakin memudahkan kehidupan seharian.

Misalnya anda kini boleh membuat janji temu melalui pelbagai cara antaranya melalui aplikasi dengan hanya menggunakan telefon pintar.

Malah, kecanggihan teknologi juga dapat dirasai apabila proses permohonan penggantian kad pengenalan atau lebih dikenali sebagai MyKad kini menjadi semakin mudah dan cepat.

Tukar Kad Pengenalan Rosak Dengan Telefon, Siap Dalam Tempoh 30 Minit

Menerusi perkongsian oleh seorang pengguna Twitter, @faridaffy, kini anda tidak perlu lagi ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi menukar kad pengenalan atau MyKad yang rosak.

Dengan hanya menggunakan telefon, anda boleh membuat permohonan untuk menukar kad pengenalan yang rosak melalui talian 03-8880 8066 dari jam 8 pagi hingga 5.00 petang pada setiap hari Isnin hingga Jumaat.

Malah, apa yang mengejutkan, anda kini tidak perlu menunggu lebih daripada sehari untuk mendapatkan kad pengenalan yang baharu.

MyKad yang baharu akan siap dalam tempoh 30 minit setelah permohonan dibuat melalui talian berkenaan.

Namun, kutipan kad pengenalan baharu hanya boleh dibuat melalui Pusat Cetakan Teragih (DPP) yang terletak di seluruh Malaysia dengan bayaran sebanyak RM10.

Foto: JPN

Tidak Dibenarkan Membuat Perubahan Maklumat & Perlu Bawa MyKad Lama

Walaubagaimanapun, anda tidak boleh membuat sebarang perubahan maklumat seperti penukaran alamat, agama, pindaan nama dan gambar ketika membuat permohonan ini.

Anda diingatkan untuk membawa dan mengembalikan semula MyKad lama semasa sesi kutipan MyKad yang baharu.

Namun, sekiranya anda tidak membawa MyKad yang lama pada ketika itu, anda akan dikenakan caj hilang di kaunter sebanyak RM110.00 untuk kali pertama.

Selain melalui panggilan telefon, anda juga boleh membuat permohonan gantian MyKad yang rosak melalui aplikasi “Sistem Gantian MyKad” atau hadir ke na-mana kaunter JPN. Untuk info lanjut, anda boleh lawati laman sesawang atau media sosial rasmi JPN.

Foto: JPN

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.