fbpx
Now Reading
Netizen Mohon Sepahtu Hormat Artis Veteran

Netizen Mohon Sepahtu Hormat Artis Veteran

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

BuzzKini ada terdengar mengenai pendangan netizen mengenai episod yang ketujuh Sepahtu Reunion Live baru-baru ini. Nampaknya mereka dikritik hebat oleh penonton yang katanya tidak menghormati pelakon veteran.

Seperti kita sedia maklum, gelagat Sepahtu yang spontan membuat penonton tidak kering gusi menontonnya. Malah, tetamu jemputan yang diundang juga turut memainkan peranan penting hingga membuatkan semua ternanti-nanti.

Maklumlah, Sepahtu sendiri juga tidak mengetahui siapa artis undangan pada setiap episod.

Baru-baru ini, Nad Zainal, Salih Yacob dan juga Delimawati menjadi artis undangan membawakan tema Nyamuk Masuk Kampung. Riuh rendah studio dibuatnya pada malam itu.

Namun, apa yang kurang menyenangkan apabila netizen mengkritik Sepahtu seolah-olah tidak menghormati pelakon veteran, Delimawati.

Kalau ikutkan memang jarang betul kita dengar lawak mereka dikritik oleh orang ramai bukan?

Kalau korang lihat episod pada malam tersebut, Sepahtu dilihat ketawa seperti tidak mempercayai ‘wanita cantik’ yang mereka sangkakan akan menjadi jururawat adalah Delimawati. Malah turut membuat pickup line yang tidak sepatutnya.

Menurut netizen, Sepahtu harus menjaga hati artis jemputan lebih-lebih lagi orang lama dalam industri. Dalam berlawak harus ada batasnya juga.

Rata-rata berkata seperti ada jurang antara pelakon tua dan muda. Ada juga yang menasihati Sepahtu agar tidak terlalu keterlaluan memperlekahkan orang lama.

BuzzKini rasakan mungkin Sepahtu tidak berniat untuk merendahkan pelakon veteran. Tetapi biasalah bila aksi-aksi spontan ni memang agak sukar untuk kita kawal sedikit keadaan.

Mungkin selepas ini mereka akan lebih peka dan sensitif dengan layanan pelakon muda dan tua.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.