Now Reading
“Mancungkan Hidung Ke?” – Peminat Spekulasi Awal ‘Buat’ Hidung

“Mancungkan Hidung Ke?” – Peminat Spekulasi Awal ‘Buat’ Hidung

Walaupun sedang bercuti di London, pasangan selebriti popular Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya tidak terlepas daripada perhatian netizen.

Kelmarin menerusi sekeping foto yang dimuat naik oleh Scha di Instagramnya, netizen mula meragui bentuk hidung Awal hingga ada yang membuat spekulasi pengacara itu telah membuat pembedahan untuk memancungkan hidung.

“Baru ‘manning’ (bedah) hidung ke Awal ni? Baru-baru tak ada nampak.

“Macam dalam Melodi pun tak bedah macam ni. Ke salah tengok ni? Whatever,” tulis salah seorang pengguna Instagram.

Spekulasi itu bukan hanya ditulis oleh seorang pengguna sahaja, ada beberapa pengguna lain mengajukan soalan yang serupa kepada Awal.

“Lain muka Awal… Buat hidung ke? Handsome…” tulis pengguna lain.

Awal bagaimanapun tampil menjawab pertanyaan yang diajukan oleh pengguna media sosial itu dengan cara melucukan dan sarkastik.

“A’ah, memanglah mancungkan masa dalam flight 14 jam hari tu. Bosan tak ada buat apa jadi naikkanlah seinci dua,” tulis Awal.

Awal baru-baru ini mengejutkan industri hiburan apabila mengumumkan pengundurannya sebagai hos daripada rancangan Melodi.

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.