fbpx
Now Reading
Selang 2 Minit, Zizie Izette Selamat Bersalin Bayi Lelaki Kembar

Selang 2 Minit, Zizie Izette Selamat Bersalin Bayi Lelaki Kembar

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pelakon Zizie Izette telah selamat melahirkan bayi lelaki kembar pada awal pagi semalam (Jumaat).

Khabar gembira itu diumumkan Zizie menerusi Instagramnya hari ini.

“Ibu yang menyambut hari ulang tahun kelahiran bersama dua ‘hadiah’ awalnya.

“Jangkanya akan bersalin hari ini tetapi pembedahan C-Section terpaksa dilakukan semalam (Jumaat, 29 Disember 2017) pada pukul 5.48 pagi dan 5.50 pagi,” tulis Zizie.

Kedua-dua bayi lelakinya dilahirkan masing-masing seberat 2.74 dan 2.78 kilogram.

“Alhamdulillah, kedua-dua bayi saya sihat.

“Terima kasih tidak terhingga kepada semua pihak yang mendoakan saya,” tambah Zizie.

Zizie atau nama sebenarnya Zizie Izette Abdul Samad, 39, telah mendirikan rumah tangga dengan Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin pada Disember 2009.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.