fbpx
Now Reading
Izreen Bukan Lagi Duta Produk Kecantikan

Izreen Bukan Lagi Duta Produk Kecantikan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Mungkin disebabkan kisah berkaitan rumahtangga yang melanda Izreen Azminda, baru-baru ini sebuah produk kecantikan, Meeracle – yang menjadikan pelakon wanita tersebut sebagai duta telah menamatkan kontrak.

Izreen sebelum ini turut memadam akaun Instagramnya dan perkara tersebut turut dilakukan oleh suaminya yang dikenali sebagai Ude. Apa yang pasti, jika akaun mereka masih lagi wujud, pengguna laman sosial pastinya menjadikan ia sebagai tempat melepaskan geram sekaligus memberi impak kepada hubungan dengan jenama yang dibawa oleh seseorang selebriti.

Baru-baru ini, kenyataan bekas isteri pertama Ude iaitu Intan Liana ternyata menyentuh ramai hati rakyat Malaysia lebih-lebih lagi apabila Ude mahu menceraikannya namun Intan masih menghormati suaminya dalam mengeluarkan sebarang kenyataan.

Ramai yang ternantikan bagaimana kesudahan kisah ini dan pastinya Izreen mahu pun Ude memerlukan ruang dan masa sendiri dalam mententeramkan keadaan. Apa pun, semoga Intan tabah menghadapi dugaan.

Sumber : Rotikaya

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.