fbpx
Now Reading
Isi Hati Ziana Zain

Isi Hati Ziana Zain

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

[video src="https://www.instagram.com/p/BgAbf3GH-Ma/?taken-by=iamzianazain"]

Beberapa jam lalu penyanyi, Ziana Zain memuat naik gambar yang disertakan kata-kata berlatar laluan keretapi di laman Instagramnya.

Dalam muat naik terbaru itu tertera ayat menyatakan luahan isi hatinya.

“Don’t judge my path if you haven’t walked my journey,” tulisnya membawa maksud:‘Jangan menilai perjalanan kehidupan saya sekiranya anda tidak melalui apa yang saya lalui’.

Muat naik di Instagram @iamzianazain itu menerima lebih 20,000 ‘like’ dalam masa beberapa jam dan lebih 900 komen daripada peminat.

Rata-rata, peminat yang juga pengikut di laman Instagramnya memberikan kata-kata semangat dan positif di samping ada yang melontarkan pendapat.

Hampir kesemua komen itu juga mendoakan agar penyanyi itu dan keluarganya dapat melalui situasi itu dengan kuat.

Ziana bagaimanapun masih enggan mengulas lanjut mengenai suaminya yang didakwa di Mahkamah Majistret Shah Alam, semalam, atas pertuduhan mencederakan anak lelakinya, 25 Februari lalu.

Sumber : Instagram Ziana Zain

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.