fbpx
Now Reading
Persembahan Ruffedge Paling Gempak!!

Persembahan Ruffedge Paling Gempak!!

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

[video src="https://www.instagram.com/p/BhUKyNHADCr/?taken-by=sharifah_sakinah"]

Anugerah MeleTop Era 2018 #AME2018 telah melabuhkan tirainya pada malam tadi. Semestinya pelbagai persembahan yang menarik dan gempak daripada artis-artis termasuklah Heal Husaini, Mas Idayu, Upiak dan Dayang Nurfaizah.

Namun apa yang membuatkan Axiata Arena, Bukit Jalil lebih gamat dan meriah adalah persembahan daripada kumpulan lagenda Ruffedge yang menyampaikan lagu Bila Rindu, Lemas, Tipah Tertipu dan Khayalan.

Semua penonton termasuk selebriti yang hadir menyanyikan lagu yang didendangkan bersama malah penonton di rumah turut teruja dengan kemunculan kumpulan yang dahulunya pernah popular pada tahun 2000.

Kami berasa sangat terharu terhadap segala kasih sayang yang diberikan oleh semua baik yang di stadium mahupun di rumah.Perasaan kasih sayang dan kerinduan yang luar biasa dari anda semua sangat menyebakkan dada2 kami.Terima kasih semua. Semoga dengan sokongan semua kami dapat menjayakan sebuah concert khas yang akan melayan hati setiap yang menanti dan merindu sepuasnya insyaAllah. Amiin.Terima kasih #AME2018 MeleTop – #RUFFEDGE

Posted by RUFFEDGE on Sunday, 8 April 2018

Sharifah Sakinah yang turut hadir pada majlis tersebut memuat naik video beliau di Instagram semasa kumpulan Ruffedge membuat persembahan.

Antara Tweet yang dimuat naik oleh netizen tentang kemunculan kumpulan Ruffedge.

Admin pun masih tak boleh move on dengan persembahan dierang malam tadi! Walaupun masing-masing dah berusia tapi vokal dierang memang mantap!

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.