fbpx
Now Reading
Pelakon Wanita Popular Kantoi Dadah

Pelakon Wanita Popular Kantoi Dadah

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang pelakon wanita popular ditahan selepas polis menemui enam ‘aluminium foil’ mengandungi 53 pil eramin 5 di dalam beg tangan miliknya, hari ini.

Sumber berkata, dadah itu ditemui selepas pelakon berusia 26 tahun itu dibawa ke Balai Polis Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr Ismail, 11.45 pagi tadi.

“Pelakon yang juga kakak kepada dua pelakon wanita popular yang memandu Range Rover dikatakan melanggar kenderaan Honda BRV di jalan terbabit.

“Anggota polis yang ke lokasi kejadian mendapati pelakon itu dalam keadaan khayal sebelum dia dibawa ke balai polis itu untuk pemeriksaan lanjut,” katannya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, sebaik tiba di balai polis itu, anggota polis wanita membuat pemeriksaan tubuh pelakon berkenaan dan menemui 53 pil Eramin 5 yang dianggarkan seberat 14.74 gram dalam beg tangan miliknya.

“Ujian saringan awal air kencing dilakukan terhadap pelakon wanita itu didapati negatif.

“Dia kini ditahan di balai polis itu untuk siasatan lanjut,” katanya.

Katanya, kes ini disiasat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya kerana memiliki dadah.

Sumber : Harian Metro

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.