Now Reading
JPN Perkenal Permohonan Gantian MyKad Melalui Online dan Talian Telefon

JPN Perkenal Permohonan Gantian MyKad Melalui Online dan Talian Telefon

Dalam zaman serba canggih ini, semua perkara kini boleh dilakukan hanya dengan hujung jari.  Jika sebelum ini Jabatan Imigresen telah maju setapak kehadapan dengan menyediakan portal pembaharuan pasport secara online, kini pihak Jabatan Pendaftaran Negara turut menyusul dengan memperkenalkan permohonan gantian Mykad melalui online dan juga melalui talian telefon.

Wah menarik kan?

Tak perlu lagi bersusah payah nak beratur dan menunggu di kaunter! Pastinya inisiatif JPN ini akan memudahkan dan menjimatkan masa kita selepas ini

Bagi platform gantian mykad secara online, sistem ini direka khas untuk gantian kad rosak, gantian cip rosak, gantian naiktaraf cif (dari 32K/64K ke 80K) dan gantian kehilangan (kali pertama sahaja)

Bagi gantian Mykad melalui telefon atau nama nya MyPhone-In JPN pula, platform ini direka untuk gantian bagi masalah MyKad rosak.

Malah difahamkan, aplikasi yang bakal diperkenal tersebut juga boleh mendaftar kelahiran , kad perkahwinan untuk bukan islam secara atas talian mulai tahun hadapan

Mudah bukan? Namun mungkin bagi faktor keselamatan atau pengesahan, setiap permohonan gantian dan pembaharuan memerlukan anda untuk turun mengambil dokumen yang sudah siap di Jabatan Pendaftaran Negara.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.