fbpx

“Tiada Niat Aibkan Sesiapa, Soal Kahwin Tak Boleh Buat Main” – Pemuda Menang Saman Bekas Tunang

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jika anda ingat dua tahun yang lalu tular mengenai seseorang lelaki yang dikatakan menyaman bekas tunangnya selepas ditinggalkan tunangnya 21 hari sebelum pernikahan menyebabkan dia kerugian RM 32,000

Terbaru lelaki berkenaan, Muhammad Ezrin Mohd Nazan, 30, memuat naik status terbaharu di Twitter semalam dan berkongsi berita gembira bahawa dia akhirnya berjaya memangi kes tuntutan saman berkenaan.

“Alhamdulillah. Tiga tahun menuntut keadilan dan membela maruah. Akhirnya kebenaran berpihak kepada yang benar. Terima kasih kepada yang menyokong dan yang tidak menyokong.

“Mahkamah telah memutuskan pihak defendan untuk membayar jumlah ganti rugi yang ditetapkan kepada plaintif kerana defendan gagal mengemukakan alasan atau sebab enggan berkahwin. Tu jela saya nak beritahu.

“Dengan keputusan yang dah diputuskan oleh hakim yang bijaksana Mahkamah Syariah Rendah Kuala Kubu Bharu, saya harap defendan mengambil iktibar dan tak ulang kesilapan ini lagi pada orang lain,” katanya.


Perkongsian Ezrin di Twitter terus menjadi perbualan hangat di platform media sosial tersebut, malah ramai netizen serta rakan mengucapkan kata-kata tahniah kepadanya .

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.