Covid-19 : “Guna Pendekatan Ujian Saringan Korea Selatan” – Cadang Najib Pada Kerajaan
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi Facebooknya menyarankan agar kerajaan menggunakan pendekatan seperti Korea Selatan dalam mengawal penularan wabak COVID-19 dengan memberi saringan percuma kepada orang ramai yang mahu diuji.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, Korea Selatan, sebuah dengan penduduk seramai 51 juta orang itu berjaya mengawal kenaikan kes COVID-19 hanya dengan melaksanakan pendekatan tersebut tanpa perlu melaksanakan perintah berkurung.
“Pendekatan yang diambil oleh negara Korea Selatan berbeza dengan negara-negara lain”
“Korea yang jumlah saiz penduduknya 51 juta orang telah berjaya mengawal kenaikan kes Covid tanpa melaksanakan perintah berkurung atau kawalan pergerakan yang ketat”
“Negara itu mengambil langkah untuk memberi saringan percuma kepada sesiapa sahaja yang mahu diuji.
“Setakat ini, Korea Selatan sudah membuat lebih 300,000 saringan berbanding 15,196 saringan di Malaysia.
“Saya tetap berpendapat bahawa saringan percuma secara besar-besaran patut dijadikan prioriti utama kerajaan Malaysia,” tulisnya di Facebooknya pada selasa.
Tambah Najib lagi, dia yakin saringan besar-besaran adalah antara langkah paling efektif untuk melawan COVID-19.
Selain itu kos memberi saringan percuma mampu memberi pulangan yang jauh lebih besar berbanding langkah-langkah lain yang diambil oleh kerajaan ketika ini
Jelas beliau dengan kos RM700 seorang untuk membuat saringan, kerajaan telah membelanjakan RM10.6 juta untuk melaksanakan 15,196 saringan setakat ini.
Katanya jika kerajaan berjaya menurunkan kos saringan kepada RM500 seorang, jumlah kos untuk membuat saringan untuk 1 juta rakyat adalah RM500 juta.
“Jumlah nilai KDNK Malaysia adalah RM1.4 trilion tahun lepas atau sekitar RM3.8 bilion sehari.
“Sebab itu, apakah kos RM500 juta berbanding pulangan yang diperolehi jika kita mampu mempercepatkan pemulihan ekonomi negara kita?
“Lagipun, kos setiap saringan COVID sedang menurun pada ketika ini kerana semakin banyak syarikat dalam dunia sedang memperkenalkan kit ujian COVID yang semakin mudah diguna dan semakin murah,” katanya.