fbpx

“Ada Tak Pondan Kena Corona” – Sajat Mohon Maaf Selepas Dikecam Netizen

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B-wYRUKJyaQ/

Baru-baru ini nama usahawan kontoversi , Nur Sajat Kamaruzzaman sekali lagi menjadi topik hangat selepas tular di media sosial klip video mirip dirinya yang mengatakan tiada golongan transgender atau lebih dikenali sebagai golongan Mak Nyah yang dijangkiti wabak Covid-19

Video tersebut difahamkan mula menjadi perhatian selepas dimuat naik oleh seorang pendakwah bebas yang dikenali sebagai Bilfami.

Susulan dari itu Sajat dikecam teruk oleh orang ramai kerana kenyataanya itu dilihat agak melampau dan seolah-olah mencabar kuasa Allah SWT malah isu itu turut mendapat perhatian Ustaz Husam yang meminta Sajat untuk bertaubat

Teguran kepada sajat

Nasihat Saya Untuk Hamba Allah Bernama s*j*t…Jangan Cabar Murka & Lakanat Allah… Berubaahlah Sebelum Dijemput Pergi…Maaf Kalau Terkasar.

Posted by Ustaz Ahmad Husam Dato Baderudin on Saturday, April 11, 2020

Terbaru Sajat atau nama betulnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman meminta maaf kepada semua pihak yang tersinggung dengan kenyataannya itu.

Namun dia mendakwa video itu sengaja disunting oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan niat membangkitkan kemarahan orang ramai.

“Saya tahu disebabkan video itu ramai marah termasuk ustaz. Jadi, saya minta maaf. Cuma, ingin dijelaskan apa yang ditularkan itu adalah hasil suntingan pihak tidak bertanggungjawab.

“Sebenarnya petikan itu diambil daripada video siaran langsung di Instagram. Saya hanya menjawab soalan netizen yang mengatakan pondan pembawa Corona (Covid-19). Malah, soalan sama ditanya berulang kali yang sengaja nak buat provokasi.

“Jadi, saya jawab kenapa nak kena salahkan gender dalam kes ini. Wabak ini tak kira siapa pun. Malah, asal wabak ini pun dari mana. Disebabkan pondan, terus cakap nak kata punca. Itu sebab saya cakap tak pernah lagi pondan kena Corona. Tapi, bahagian itu saja yang diambil, sunting dan tularkan,” jelasnya kepada portal berkenaan.

Tambahnya dia tak pernah keluar di Instagram Live semata-mata untuk membincangkan isu terbabit.

“Bagi yang selalu menonton IG ‘live’ saya mesti tahu dan sedia maklum soalan yang dilemparkan netizen.

“Macam video yang tular ini, saya buat ‘live’ bukan semata-mata nak bercakap isu itu. Kalau betul hanya isu terbabit, kenapa versi pendek saja ditularkan? Kenapa tak letak yang penuh?

“Disebabkan itu, kena tengok versi penuh video baru anda faham,” katanya.

Saksikan video yang tular di media sosial di bawah :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.