fbpx
Now Reading
Geram Agama BTS Jadi Trending, Armys Akhirnya Kantoikan Grup Telegram Kerja Haters

Geram Agama BTS Jadi Trending, Armys Akhirnya Kantoikan Grup Telegram Kerja Haters

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini kecoh di media sosial mengenai kewujudan satu channel group di Telegram dengan nama ‘Agama BTS’ yang kononnya ditubuhkan peminat tegar kumpulan K-pop terkenal, BangTan Boys atau lebih dikenali sebagai BTS .

Bukan setakat memuja ahli BTS, malah deskripsi grup dengan keahlian seramai 4,000 dari Malaysia dan Indonesia orang itu cukup mejengkelkan kerana dilihat seolah mempermainkan agama Islam dengan menggubah kalimah-kalimah suci dan digantikan dengan nama ahli dari kumpulan tersebut.

Cipta rukun agama BTS

Tidak cukup dengan itu , mereka turut memperkenalkan rukun BTS sebagai tanda ikrar setia kepada kumpulan K-Pop tersebut menyebabkan orang ramai menjadi marah dan berang sehingga terhambur kata makian dan cacian kepada kumpulan berkenaan dan peminat tegar mereka.

Timbulkan kemarahan netizen & Army (fandom)

Namun bukan hanya netizen, sikap melampau ahli grup berkenaan turut tidak disenangi Army (fandom) di Malaysia sehingga mereka mengkritik hebat si pelaku yang menubuhkan grup berkenaan serta ahli kumpulan mereka.

Malah ada juga dikalangan Army yang memohon bantuan orang ramai dan army lainnya untuk melaporkan grup berkenaan yang bukan sahaja menyesatkan malah satu hinaan kepada penganut agama Islam.

Akhirnya kantoi ditubuhkan individu anti BTS

Namun semuanya tidak lama, tindakan bijak sekumpulan Army yang menyamar dengan menjadi ahli kepada grup berkenaan akhirnya berjaya membuktikan ia hanyalah satu taktik dan sengaja dilakukan oleh seorang invididu yang begitu membenci kumpulan berkenaan.

Army kemudiannya mendesak pengasas grup ini untuk membuat permohonan maaf atas tindakan tidak bermoral yang dilakukannya yang bukan sahaja memburukkan nama Army dan BTS malah lebih teruk lagi kerana menghina agama Islam.

Perkara biasa dalam Industri K-Pop

Tindakan terkutuk ini sebenarnya merupakan perkara biasa dalam industri K-Pop. Selain BTS, beberapa lagi artis dan group popular yang pernah berdepan perkara sama adalah Sulli, TVXQ, SNSD , Twice dan banyak lagi.

Persoalannya kenapa harus terjadi di Malaysia dan Indonesia? Dan kenapa harus dikaitkan dengan Agama Islam ?

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.