fbpx
Now Reading
“Cantik Tak Semestinya Cerdik” – Caprice Hentam Miss Universe Malaysia 2017

“Cantik Tak Semestinya Cerdik” – Caprice Hentam Miss Universe Malaysia 2017

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/CA5jHzwAAlr/

Nampaknya kenyataan yang dimuat naik Miss Universe Malaysia 2017, Samantha Katie James yang berunsur perkauman terhadap orang berkulit gelap di IG bukan sahaja menimbulkan rasa tidak puas hati netizen malahan juga rakan industri.

Terbaru rapper dan usahawan, Caprice yang kerap mengulas isu semasa turut dilihat berang dengan kenyataan Samantha yang disifatkannya sebagai perkara paling teruk pernah didengarnya daripada seorang rakyat Malaysia.

Tiada siapa boleh pilih nak jadi apa

“Macam mana awak boleh bagi tahu orang kena hadam racism dan suruh relax.

“Tiada siapa yang boleh pilih untuk jadi Melayu, Cina, India atau Iban sekali pun. Tiada siapa yang boleh pilih untuk jadi putih atau hitam,” jelas Caprice

Mengejutkan kerana keluar dari mulut seorang Miss Universe Malaysia

Malah pada Caprice, kenyataan itu juga mengejutkan memandangkan ianya keluar dari mulut orang seseorang public figure yang juga pemegang takhta Miss Universe Malaysia 2017.

Kenyataan Samantha di IG

“Tapi macam mana boleh berfikiran terlalu kecil. Cantik tak semestinya cerdik, ye betul tapi cantik atau tak kita kena sentiasa mengejar ilmu,” katanya.

Terdahulu isu perkauman semakin hangat diperkatakan susulan insiden Geoge Floyd seorang warga afrika-amerika tidak bersenjata yang mati di tangan anggota polis berkulit putih yang dikenali sebagai Derek Chauvin.

Insiden tersebut juga menimbulan protes ‘Black Lives Matter’ yang bertukar menjadi ganas di beberapa bandar di Amerika Syarikat sehinga memaksa perintah berkurung dilaksanakan.

Tonton video ulasan Caprice di bawah :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.