fbpx
Now Reading
Pemuda Lembam Ini Ulang Alik 3KM, 5 Kali Sehari Demi Laung Azan Di Surau

Pemuda Lembam Ini Ulang Alik 3KM, 5 Kali Sehari Demi Laung Azan Di Surau

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=4667848919907998&set=a.761489573877305&type=3&theater

Kehidupan di dunia ini penuh dengan ujian. Ia datang dengan pelbagai bentuk dan berlainan waktunya.

Ada yang diuji dengan masalah kewangan, ada yang berhadapan kebencian dan ada juga diuji dengan masalah kesihatan. Apa jua ujiannya kita sebagai seorang manusia perlu menghadapi dan menerima takdirNya.

Namun kisah pemuda lembam ini yang dikongsikan seorang pengguna Facebook Tok Anjang benar-benar membuka mata netizen.

3km perjalanan pergi , 5 kali sehari ke surau

Dengan kondisi dirinya yang begitu, pemuda tersebut yang dikenali sebagai Adam menarik perhatian Tok Anjang dimana dia sanggup meredah 3km perjalanan ke surau , 5 kali sehari hanya untuk melaungkan azan di surau. Ini bermakna dia menghabiskan 15 Km perjalanan pergi dan balik setiap hari hanya untuk menjadi muazzin di surau berkenaan .

Pemuda Gopeng datang 3 kilometer setiap hari untuk azan 5 waktu. Bulan Ramadhan bersamaan PKP ini ayah mertua Tok Anjang sakit tenat, sehinggalah Allah menjemput beliau, Haji Mokhtar 4 hari sebelum Hari Raya pada usia 85 tahun. Al fatihah. Seorang yang ramah dan disenangi oleh semua. Selama sebulan itu bila ada kesempatan Tok dan isteri akan turun ke rumah mertua di Kg Tersusun Kopisan untuk ziarah dan berbuka puasa bersama Mak Mertua dan yang lain lain. Setiap kali berbuka kami akan berpandukan azan maghrib dari surau dihadapan rumah.

Azan nya biasa je, tak berapa sedap pun tapi suara azan tak sedap itu lah setiap maghrib, Isya’, Subuh, Zohor, Asar. Surau kampung Tersusun (konsilidetet) sejak beberapa tahun ini sunyi menyepi kerana kampung ini tiada lagi warga tua. Jamaah solat hari biasa hanya 4-5 orang. Majoriti lelaki dah meninggal dan yang muda banyak berhijrah. Yang tinggal adalah makcik makcik janda.

Berbuka hanya dengan air kosong dan kurma sehingga habis isya

Lebih mengejutkan Tok Anjang apabila dia baru mengetahui sepanjang Ramadan Adam hanya berbuka puasa dengan air kosong dan kurma dan akan makan selepas pulang ke rumah selepas solat jemaah isyak.

Dijadikan cerita, 2 malam sebelum raya kami keluarga yang berhampiran berkumpul untuk berbuka dan tahlil dirumah mertua. Sebelum masuk waktu berbuka Tok teringatkan Muazin yang saban hari berbakti mengumandangkan Azan Maghrib sekali gus isyarat berbuka kepada orang kampung. Tok tanya kepada anak buah. “Adam tu hari hari azan maghrib tu makan apa masa berbuka sorang di surau tu?”

Dia dah le lembam, slow dan macam budak budak sikit.” Maka bertanya le anak buah kepada Adam tu. Erm…jawapan yang diterima dari Adam. “Adam makan kurma dan air kosong je. Makan nasi lepas Isya, bila balik rumah.” ‘Allahuakbar! Betapa pedihnya jawapan Adam tu. Rasa hati ini disiat siat. Kami ni rumah berhadapan surau hari hari makan sedap lauk berbagai sejak hari pertama Ramadhan. Tok merata Perak bagi orang makan. Ni depan rumah je!

Bawa Adam berbuka bersama

Selepas 28 hari puasa baru kami tau yang anak berjasa ini minum air kosong dengan kurma. Kecoh kami satu rumah dan buat pertama kalinya Adam berbuka bersama kami. Banyak makannya dengan lauk penuh. Gembira, sedih, kasihan sangat melihatnya. Terasa pulak kejam nya kami satu rumah. Moga Allah ampunkan kami.

Muazzin tanpa gaji

Kemudian baru Tok Anjang tahu yang Adam ni berumur 24 tahun. Tinggal di Taman Kinta 3km jauhnya bersama ibunya. Seorang pemuda yang lembam dan tidak bekerja. Sering bersendirian bersama motornya kesana sini. Namun Allah memberikan kerja kepada beliau menjadi Muazzin tanpa gaji bagi Surau Kg Konsulidetet.

Cadang beri gaji bulan.

Setiap subuh dan waktu lain Adam akan datang dengan motornya ke surau dari Taman Kinta untuk Azan dan solat. Hebat anak ni. Adam pandai baca Quran dan hafal Doa doa. Jom kita bagi gaji bulan kepadanya. Paling tidak pun duit minyak motor untuk datang surau. Biar sikit tapi berterusan. Kita tumpang pahala anak ini.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.