fbpx

Ustaz Ebit Lew Rancang Buka Pasar Raya Dengan Harga Barang Termurah

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penceramah bebas dan usahawan, Ustaz Ebit Lew menjadi perhatian netizen selepas menyuarakan hasratnya untuk mengembangkan perniagaannyadengan membuka 10 cawangan pasaraya runcit yang diberi nama Elews Mart.

Menerusi FB, Ustaz Ebit berkongsi kepada pengikutnya yang di berhajat untuk menjadikan pasaraya tersebut sebagai pasaraya yang menjual barang runcit paling murah di negara kita.

Justeru untuk merealisasikannya Ustaz Ebit sedang berusaha mencari pembekal barangan runcit termurah . Menerusi posting yang sama beliau turut memohon doa agar segala urusan untuk membuka pasar raya tersebut dipermudahkan

Perkongsian dari penceramah tersebut diterima dengan pelbagai reaksi dari netizen dimana rata-rata mereka mendoakan agar perjuangan pendakwah itu dipermudahkan.

Malah, terdapat segelintir di antara mereka yang menyuarakan hasrat untuk bekerjasana membantu Ustaz Ebit serta menjadi pembekal.

Menurut mereka lagi, sekiranya hasrat Ustaz Ebit tercapai, pembukaan pasar raya itu pasti dapat memberi banyak peluang pekerjaan kepada mereka yang memerlukan.

Namanya semakin melonjak selepas Ustaz Ebit memberikan tumpuan sepenuhnya membantu golongan yang memerlukan sepanjang pelaksanaan PKP.

Terbaru, Ustaz Ebit meluahkan hasratnya untuk membuka 10 cawangan pasaraya menjual barangan runcit yang diberi nama Elews Mart.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.