fbpx

Dari Homebase Sehingga Miliki 3 Kilang, Pemuda Ini Kongsi Suka Duka Bina Empayar SugarBomb

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Industri penghasilan minyak wangi secara umumnya masih lagi dimonopoli oleh negara-negara barat seperti United Kingdom, Perancis dan Amerika Syarikat.

Namun kebangkitan produk wangian tempatan yang diinspirasikan dari minyak wangi jenama-jenama antarabangsa ini sememangnya tidak boleh diketepikan.

Dengan harga yang murah dan bau yang hampir menyamai produk antarabangsa pastinya empayar minyak wangi tempatan seperti jenama De’Xandra, dan SugarBomb sering menjadi pilihan rakyat Malaysia.

Namun siapa sangka di sebalik nama yang semakin melonjak naik, perkongsian oleh pengasas SugarBomb, Azhari Rosli mengenai kisah bagaimana dia mula-mula menubuhkan empayar perniagaannya benar-benar membuka mata netizen bahawa tiada perkara yang mustahil untuk seseorang itu berjaya dalam kehidupan dan perniagaan.

Kerja part time sebagai cleaner semasa zaman universiti

Pemegang Ijazah di dalam aeronautical engineering dari Universiti of Bristol  ini juga tidak segan mengakui yang dia ketika di zaman universitinya dengan bekerja sebagai seorang cleaner berhampiran rumahnya.

Namun ini tidak menghalangnya untuk menghabiskan pelajaranya selepas 5 tahun berkelana di sana.

Namun sekembalinya ke Malaysia Azhari menghadapi sedikit kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan di dalam negara.

Meskipun berbekalkan ‘skrol’ aeronautical engineering  yang diperolehinya dari sebuah universiti berprestij kesemua 50 posisi yang dipohonnya langsung tidak melekat sehingga dia terpaksa bergelar seorang penganggur buat seketika

Enggan menyerah kalah, Azhari  mencuba pelbagai pekerjaan lain malah sanggup mengambil upah memandu lori dan melakukan kerja dropship demi mendapatkan wang.

Dari situ, dia mula menjual minyak wangi dan sedikit demi sedikit melonjak naik dengan jenama minyak wangi pertamanya, Elliadore.

Selepas 3 tahun bersama Elliadore, pemuda ini menanam hasrat untuk menghasilkan minyak wangi mampu milik sendiri yang dihasilkan dari belakang rumahnya yang diberi nama SugarBomb.

Hanya dalam beberapa tahun penghasilan produk SugarBomb dari 300 botol seminggu terpaksa ditingkatkan ke 100ribu botol seminggu disebabkan permintaannya yang tinggi.

Hasil usaha kerasnya Sugarbomb kini sudah mempunyai beberapa buah kilang dan malah namanya bakal lebih dikenali selepas ini selepas mereka berjaya menjadi Sponsor bagi pasukan bola sepak Selangor (FAS).

Pencapaian anak muda ini sememangnya harus dijadikan contoh oleh rakyat Malaysia terutamanya golongan belia.

Malah kisah ini juga boleh dikatakan hampir sama seperti pengasasa Alibaba, Jack Ma yang ditolak permohonnya untuk mendapatkan pekerjaan di sebuah francais restoran makanan segera sehingga dia memilih menubuhkan Alibaba.

Jika Azhari dan Jack Ma mampu melakukannya, kenapa tidak anda dan saya?

Apa-apa pun tahniah kami ucapkan kepada Azhari Rosli atas kejayaannya membina empayar SugarBomb.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.