fbpx
Now Reading
Suami Kepada Youtuber Terkenal Ditahan Reman

Suami Kepada Youtuber Terkenal Ditahan Reman

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Suami kepada seorang Youtuber masakan terkenal dalam negara hari ini dikenakan tahanan reman selama tiga hari oleh Mahkamah Majistret Ipoh.

Ianya difahamkan bagi membantu siasatan dakwaan mencederakan isterinya mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Senjata Berbahaya 1958.

Majistret Nabihah Mohd Noor kemudiannya membenarkan perintah reman terhadap suspek berusia 29 tahun itu.

Memetik sumber, suami ini difahamkan bertengkar di perkarangan parkir di Hospital Raja Permaisuri Bainun Hospital (HRPB) Ipoh susulan mangsa yang tidak menyebut nama suaminya itu dalam satu majlis anugerah baru-baru ini.

“Pergaduhan itu berlarutan sehingga keesokan hari (semalam) di mana lelaki itu pergi ke hospital berkenaan untuk mencari adik isterinya.

“Ketika kejadian suspek dipercayai mabuk. Bagaimanapun tidak dapat bertemu dengan adik isterinya. Ia menyebabkan lelaki itu dipercayai memukul isterinya.

“Pada 5.54 petang hari sama, pengawal keselamatan menerima laporan daripada seorang jururawat yang mendakwa terlihat seorang lelaki mabuk dengan memegang sabit hendak memasuki salah satu wad hospital berkenaan,” katanya.

Menurut sumber itu lagi, suaminya dipercayai mencari abang ipar isterinya susulan masalah keluarga.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz mengesahkan kejadian itu.

“Kita masih menjalankan siasatan lanjut dan kami percaya kes ini berhubung masalah keluarga,” katanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.