Kanye West & Adidas Dikritik Hebat Kerana Lancar Koleksi Kasut Yeezy ‘Israfil’ & ‘Asriel’
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Penyanyi rap dan usahawan terkenal dari Amerika Syarikat, Kanye West, sejak beberapa hari lalu menjadi perbualan hangat netizen dari seluruh dunia.
Dia dikecam hebat dan disifatkan seolah-olah sengaja menghina agama Islam gara-gara pemilihan nama baru kasut Yeezy Boost yang merupakan kolaborasi syarikatnya bersama jenama antarabangsa, Adidas.
Buat netizen Muslim, kesilapan dua kali berturut-turut bukan lagi satu kesilapan sebaliknya ia lebih kepada satu bentuk penghinaan.
Buat anda yang tak tahu, seminggu lalu Adidas telah melancarkan koleksi terbaru Yeezy iaitu Yeezy Boost 350 V2 Israfil. Nama tersebut sudah cukup mengundang kemarahan komuniti Muslim memandangkan Israfil adalah nama malaikat yang ditugaskan meniup sangkakala.
Tidak cukup dengan itu Yeezy dijangka melancarkan satu lagi koleksi mereka iaitu Yeezy Boost 350 V2 Asriel pada bulan September. Sama seperti Israfil, Asriel (Azrael) juga merupakan nama malaikat yang mana tugasnya ialah mencabut nama iaitu Malaikat Maut.
Berang dengan perkara ini, netizen dari seluruh dunia mengugut untuk memboikot produk Adidas sekiranya mereka tidak menukarkan kedua nama tersebut .
Malah ada yang sudah melancarkan petisyen meminta adidas untuk menukar nama tersebut sebagai tanda protes. Walau bagaimanapun ia dilihat kurang mendapat sambutan memandangkan produk tersebut sudahpun berada di pasaran.
Cuma satu yang pasti dengan mengamalkan perniagaan sebegini, semua orang pasti sudah dapat membayangkan situasi yang bakal terjadi sekiranya rapper ini dilantik menjadi Presiden Amerika Syarikat yang seterusnya.
Artikel berkaitan :