fbpx
Now Reading
Rizalman Luah Rasa Syukur, Pendaftaran Yayasan RI Diluluskan

Rizalman Luah Rasa Syukur, Pendaftaran Yayasan RI Diluluskan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/CEVcHyxpIxf/

Baru-baru ini pereka fesyen terkemuka, Datuk Rizalman Ibrahim ada menyuarakan hasratnya untuk menubuhkan sebuah pusat pengajian al-Quran untuk orang dewasa dengan cawangan pertamanya terletak di Johor Bahru.

Difahamkan penubuhan pusat pengajian tersebut akan dibiayai dan diuruskan Yayasan RI, yang sedang dalam proses pendaftaran.

Terbaru menerusi satu posting di Instagram, Rizalman meluahkan rasa syukur selepas usahananya mendaftarkan penubuhan Yayasan RI tersebut sudahpun mendapat kelulusan.

Dengan nada gembira bercampur sebak memandangkan urusannya dipermudahkan, ikon fesyen itu turut berkongsi kepada orang ramai foto surat kelulusan tersebut .

Kelulusan ini pastinya akan melancarkan lagi urusan beliau dalam melaksanakan segala kerja amal yang sedang dirancangnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikut beliau mengucapkan tahniah dan turut turut tumpang gembira mendengar perkhabaran tersebut.

Baca artikel berkaitan :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.