fbpx
Now Reading
Hero ‘Black Panther’, Chadwick Boseman Meninggal Dunia

Hero ‘Black Panther’, Chadwick Boseman Meninggal Dunia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bintang filem blockbuster superhero, ‘Black Panther’, Chadwick Boseman dilaporkan meninggal dunia akibat kanser colon pada Jumaat

Boseman difahamkan, tidak pernah mendedahkan penyakit yang mula dikesan pada 2016 itu kepada umum dan tetap meneruskan kareernya di Hollywood namun pada waktu yang sama, menjalani rawatan melalui pembedahan dan kemoterapi.

“Ia adalah penghormatan kepada kariernya untuk membawa watak King T’Challa dalam Black Panther,” tulis satu kenyataan yang dimuat naik di akaun Twitternya

“Beliau meninggal di rumah dengan isteri dan keluarganya berada di sisinya.”

Namun media sebelum ini banyak melaporkan dia dilihat semakin kurus malah pernah dilihat memakai tongkat untuk berjalan serta pernah dilihat ditolak menggunakan wheelchair.

Sebagai rekod Boseman yang berusia 43 tahun adakah superhero afro-amerika pertama dalam filem francais Marvel, Black Panther 2018.

Filem tersebut yang berlatar belakang kerajaan fiksyen Wakanda, Afrika merupakan filem komik pertama yang dicalonkan untuk gambar terbaik dalam Oscar dan meraih lebih AS$1 bilion kutipan di seluruh dunia.

Sebelum Marvel, Boseman sudah dikenali sebagai Jackie Robinson dalam filem 42 dan James Brown dalam Get on Up.

Mendiang yang baru sahaja muncul dalam drama perang, Da 5 Bloods juga bakal muncul dalam sekuel Black Panther dijadualkan pada 2022.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.