fbpx
Now Reading
Proton X50 Diperkenalkan Minggu Hadapan ?

Proton X50 Diperkenalkan Minggu Hadapan ?

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak mula diumumkan dua tahun lalu, peminat automotif terutama penyokong industri automotif tempatan sudah tidak senang duduk menantikan pelancaran Proton X50.

Yang lebih mengujakan apabila CEO Proton pada awal tahun lalu mengesahkan yang ianya akan dilancarkan pada tahun ini.

Namun selepas bulan tanpa sebarang khabar berita baru-baru ini tular gambar di media sosial mengenai harga X50 yang bermula dari RM75,800

Terbaru model kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak paling dinanti-nanti itu difahamkan bakal membuat kemunculannya pada minggu hadapan.

Memetik BH yang memetik sumber, ianya bagaimanapun tidak akan dilancarkan secara rasmi di khalayak ramai sebaliknya diperkenalkan dalam satu acara tertutup.

Foto : Ajerul

Jika maklumat tersebut benar, ia pastinya akan menjadi titik tolak pelancaran untuk pasaran tempatan kerana ia tidak akan mengambil masa terlalu lama untuk dipertontonkan secara rasminya oleh rakyat Malaysia memandangkan X50 akan dibangunkan khas secara pemasangan tempatan (CKD)

Foto : Ajerul

Sekiranya Proton X50 diadapatasi model Geely Binyue, ianya dijangka hadir dengan ciri pemanduan autonomi tahap kedua lengkap dengan ciri Kawalan Pelayaran Pintar (ICC), Fungsi Indentifikasi Had Laju (SLIF), Fungsi Pengesan Titik Buta (BSD), Bantuan Kekal Laluan (LKA), Amaran Keluar Laluan (LDW) dan Brek Kecemasan Automatik (AEB) dengan pengesan pejalan kaki.

Satu yang pasti, model Binyue agak Sporty, sekiranya X50 adalah jelmaan sebenar model dari China tersebut, kami yakin ianya pasti akan menarik perhatian golongan muda di Malaysia

Foto Header: Paultan / Theopilus Chin

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.