fbpx
Now Reading
Masalah Teknikal, Celcom Cuba Selesaikan Isu Gangguan Rangkaian Secepat Mungkin

Masalah Teknikal, Celcom Cuba Selesaikan Isu Gangguan Rangkaian Secepat Mungkin

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak tengahari tadi, ramai pengguna Celcom dilihat mengadu dan meluahkan rasa kecewa mereka kerana menghadapi masalah gangguan rangkaian.

Bukan sahaja tiada capaian internet malahan ramai turut menyoalkan kerana langsung tiada perkhidmatan rangkaian.

Selain pengguna Celcom, gangguan ini turut memberi kesan pengguna MVNO yang turut menggunakan rangkaian mereka seperti Yodoo dan Tune Talk yang turut dilihat meluahkan perkara sama di laman sosial.

Isu berkenaan kemudiannya membuatkan nama penyedia perkhidmatan mudah alih itu menjadi trending di Twitter.

Terbaru menerusi satu entri di laman Twitter mereka , Celcom memaklumkan gangguan berkenaan disebabkan masalah teknikal.

Mereka dalam masa sama turut memaklumkan yang unit teknikal mereka sedang cuba melesaikan isu berkenaan secepat mungkin.

Perkara sama turut dikongsikan Yodoo di laman Twitter mereka

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.