fbpx
Now Reading
Bagi Signal Guna Kaki Bila Masuk Simpang, Gelagat Abang Motor Buat Ramai Terhibur [Video]

Bagi Signal Guna Kaki Bila Masuk Simpang, Gelagat Abang Motor Buat Ramai Terhibur [Video]

Kemuncak insiden itu terjadi apabila penunggang motosikal itu dilihat menggunakan kaki kanannya sebagai isyarat untuk masuk ke simpang kanan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ketika berada di jalan raya, pastinya kita akan terjumpa pelbagai ragam dan gelagat pengguna jalan raya yang lain.

Kebanyakan daripada pengguna yang sering kita jumpa adalah pemandu yang berhemah. Namun, kadang kala ada juga segelintir individu yang tidak mematuhi peraturan hingga menyebabkan timbul rasa sakit hati kepada pengguna yang lain.

Antara kesalahan yang sering dilakukan dan menjadi punca kemarahan pengguna lain adalah sikap segelintir pemandu yang tidak suka memberi isyarat terutama jika mahu masuk atau keluar ke satu simpang. Malah, lebih teruk, ia juga boleh menyebabkan terjadinya kemalangan jalan raya.

Sanggup Guna Kaki Beri Isyarat Masuk Simpang

Namun, berbeza dengan seorang penunggang motosikal ini yang sanggup menggunakan kaki sebagai alternatif menggantikan signal sebelum masuk ke simpang.

Menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok @ay0yyy, gelagat penunggang itu nyata menghiburkan individu yang melihatnya.

“Tengok orang depan ni, dia ingat dia siapa?” kata wanita di dalam video berkenaan sambil ketawa.

Kemuncak insiden itu terjadi apabila lelaki berkenaan dilihat sanggup menggunakan dan menghayunkan kaki kanannya ke atas dan ke bawah sebagai isyarat untuk masuk ke simpang kanan.

Gelagat lelaki ini nyata membuatkan perakam video dan rakannya geli hati dan ketawa besar gara-gara perbuatannya itu.

“Ye bang, kalau iye pun signal rosak tapi ehh salah,” tulis pemilik akaun menerusi ruang kapsyen.

@ay0yyy

ye bang, kalau ye pon signal rosak tapi eh salahhh

♬ original sound – noor azrul🕹 – noor azrul🕹

Menjengah ke ruangan komen, video yang telah mendapat tontonan 2.2 juta itu nyata menarik perhatian netizen.

Rata-rata terhibur dan geli hati dengan gelagat penunggang motosikal itu. Namun, ada juga yang memuji tindakannya yang sanggup menggunakan kaki sebagai inisiatif pengganti isyarat untuk masuk ke simpang.

Ini Kalau Double Signal Ni, Kalau Dibiar Lama, Terbang Member

Betul La Macam Tu, Kenapa Gelak, Kalau Kanan Nak Guna Tangan Macam Mana, Nak Pulas Minyak Lagi

Kalau Bagi Signal, Angkat Dua-Dua Kaki

Lagi Bagus Daripada Manusia Main Masuk Simpang Tak Bagi Isyarat

Tak Kira Siapa Dia, Yang Penting Dia Hiburkan Kita

Berhemah Abang Ni, Bagi Signal Manual Masuk Simpang Tapi Lawak Bang Pakai Kaki

Baca Artikel Berkaitan: Netizen Buru Pemilik Honda City Tukar Lorong Tak Bagi Signal Hingga Sebabkan Lelaki Cedera Dilanggar Dua Kali [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Dah Bagi Signal Kot” – Aksi Rider Tendang Cermin Sisi Porsche Cetus Kemarahan Ramai [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.