fbpx
Now Reading
Pelawak Terkenal Korea, Park Ji Sun & Ibunya Ditemui Mati

Pelawak Terkenal Korea, Park Ji Sun & Ibunya Ditemui Mati

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dunia hiburan Korea Selatan sekali lagi gempar apabila pelawak terkenal Park Ji Sun dan ibunya ditemui sudah tidak bernyawa di rumah mereka.

Menurut Polis Daerah Mapo, mayat mereka berdua ditemui di dalam rumah mereka pada jam sekitar 1.44 waktu tempatan, 2 November 2020 selepas ayah Ji Sun gagal menghubunginya.

Si ayah yang khuatir kemudiannya terus menghubungi pihak polis sebelum dia bersama polis pergi memeriksa pelawak tersebut dan ibunya di rumah berkenaan.

Namun sebaik tiba di sana kedua anak-beranak ini sudahpun meninggal dunia. Polis bagaimanapun mengesahkan tiada unsur jenayah ditemui di kediaman mangsa setakat ini.

Memetik Portal The Korea Herald, Ji Sun yang berusia 36 tahun sedang menjalani rawatan membabitkan masalah kesihatan mental. Susulan itu ibunya yang tinggal berasingan turun ke Seoul bagi menemaninya.

Disebalik siasatan yang masih dijalankan, ada ura-ura yang mengatakan kematian mereka berkaitan dengan membunuh diri.

Sebagai rekod, Park Ji Sun mula menceburi bidang hiburan sejak 2007 apabila menyertai rancangan Weekly Idol .

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.