fbpx
Now Reading
MySejahtera Di Stesen Minyak : Mengelirukan! Netizen Luah Rasa Kecewa Maklumat Diterima Berbeza-beza

MySejahtera Di Stesen Minyak : Mengelirukan! Netizen Luah Rasa Kecewa Maklumat Diterima Berbeza-beza

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://twitter.com/anniethink_/status/1326060847395819520https://twitter.com/nuryannaa_/status/1325774323567652864

[Kemaskini] : Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri menjelaskan orang ramai yang mengisi minyak menggunakan kad kredit, aplikasi atau membayar di kaunter yang mempunyai halangan cermin TIDAK PERLU mengimbas MySejehtera ataupun mendaftar secara manual.

Begitu juga yang singgah hanya untuk mengisi angin di stesen minyak.

Namun mereka yang masuk ke dalam kedai minyak samaada untuk membayar duit minyak, membeli barang, keluar duit di ATM, menggunakan tandas surau dan sebagainya PERLU mengimbas mySejahtera atau daftar secara manual


Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai keperluan mendaftar mysejahtera di stesyen minyak.

Ianya susulan penularan satu klip suara menerusi aplikasi WhatsApp yang menyatakan bapa kepada seorang lelaki telah disaman RM1,000 kerana gagal mendaftar dengan aplikasi MySejahtera sebelum mengisi minyak, walah dia ketika itu sudahpun mengenakan pelitup muka

Media utama dan portal tempatan kemudiannya berebut-rebut menyalurkan maklumat dengan ada yang mengatakan wajib manakala segelintir mengatakan tidak

PDRM maklumkan perlu scan MySejahtera

Kosmo tenghari tadi melaporkan bahawa mana-mana individu yang mengunjungi stesen minyak wajib mendaftar kehadiran menerusi aplikasi MySejahtera sebelum mengisi minyak kenderaan seperti yang dimaklumkan Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mior Faridalathrash Wahid 

Perkara sama turut dilaporkan beberapa lagi media tempatan malah ada yang menjelaskan kegagalan mematuhi arahan tersebut akan menyebabkab mereka dikenakan kompaun RM1,000.

Presiden PDAM kata tidak perlu imbas

Namun akhbar The Star pula melaporkan sebaliknya. Menurut mereka yang memetik respon dari Presiden Persatuan Pengusaha-Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz , orang ramai hanya diperlukan untuk mengimbas sekiranya memasuki kedai serbaneka di stesen minyak.

Maklumat CPRC juga bercanggah

Lebih mengejutkan apabila tular di media sosial info yang bercanggah dari CPRC dimana ada yang menyatakan ianya wajib didaftarkan dan ada wakil mereka yang menyatakan ianya tidak diwajibkan.

Sebagai contoh wartawan Malaysiakini memaklumkan maklumat yang diterimanya dari wakil CPRC menyatakan adalah wajib untuk orang ramai membuat imbasan mysejahtera di stesen minyak

https://twitter.com/aidilarazak/status/1326026151454629888

Namun seorang lagi netizen menunjukkan satu lagi email berbeza dari CPRC yang menyataakan tidak perlu untuk membuat imbasan

Ini menimbulkan kegelisahan di kalangan orang ramai yang mahu perkara ini diputuskan secepat mungkin.

Jalan selamat buat sementara ini adalah masuk kedalam premis dan buat imbasan sebelum mengisi minyak bagi mengelakkan disaman. Namun sampai bila ?

Sana kata lain sini kata lain? Habis mana satu yang betul untuk kami ikut ?

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.