fbpx
Now Reading
“Tidak Perlu Imbas MySejahtera Jika Bayar Guna Kad Kredit Atau Aplikasi Untuk Isi Minyak ” – DS Ismail Sabri

“Tidak Perlu Imbas MySejahtera Jika Bayar Guna Kad Kredit Atau Aplikasi Untuk Isi Minyak ” – DS Ismail Sabri

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Nampaknya kekeliruan dan pertanyaan orang ramai mengenai keperluan untuk melakukan imbasan MySejahtera atau mendaftar secara manual semasa berada di stesen minyak terjawab selepas Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri tampil menjawabnya petang tadi.

Menerusi satu kenyataan di sidang media PKPB, Ismail Sabri memaklumkan  orang ramai yang mengisi minyak menggunakan kad kredit, aplikasi atau membayar di kaunter yang mempunyai halangan cermin TIDAK DIPERLUKAN mengimbas MySejehtera ataupun mendaftar secara manual.

Isi angin juga tidak perlu

Selain itu individu yang singgah hanya untuk mengisi angin di stesen minyak juga tidak diperlukan untuk membuat imbasan.

Namun berbeza pula dengan mereka yang menggunakan kemudahan seperti surau dan tandas serta memasuki premis didalam stesen minyak seperti untuk membayar wang petrol/diesel, menggunakan ATM atau membeli barangan, mereka PERLU membuat imbasan atau mendaftar secara manual.

“Ini kerana (semasa) didalam mereka membayar secara bersemuka dengan juruwang dan mungkin ada ramai lagi pelanggan didalam kedai tersebut, oleh itu dengan adanya kontak antara satu sama lain maka mereka perlu mendaftarkan diri menerusi mySejahtera atau secara manual ”

Terdahulu tular satu klip suara menerusi aplikasi WhatsApp yang menyatakan bapa kepada seorang lelaki telah disaman RM1,000 kerana gagal mendaftar dengan aplikasi MySejahtera sebelum mengisi minyak, walah dia ketika itu sudahpun mengenakan pelitup muka.

Baca artikel berkaitan :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.