fbpx

Kucing Nakal Suka Bawa Balik Pakaian Dalam Dari Rumah Jiran

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kucing kebiasaannya mempunyai sifat yang manja terhadap tuannya kan? Selain itu, ia juga mempunyai perangai yang pelik bagi membuktikan kesetiaan dan kasih sayangnya terhadap tuannya dengan cara yang berbeza.

Kita sering melihat kucing akan membawa pulang barang mainan, bukan? Tapi korang pernah tengok tak kucing bawa balik pakaian dalam sebagai hadiah mereka kepada tuannya? Macam pelik tapi itulah yang berlaku kepada pemilik kucing, Georgia Careless yang tinggal di Wells, Somerset ini.

Kredit: Real Fix Magazine

Tabiat kucingnya yang berusia 7 tahun itu menimbulkan perasaan malu terhadap dirinya kerana mendapat beberapa stoking, seluar dalam lelaki dan perempuan termasuklah bra Ted Baker yang dibawa pulang oleh kucingnya itu.

Georgia mengira kucingnya itu memasuki rumah jiran secara senyap-senyap melalui tingkap terbua, pintu ataupun pintu masuk kucing, bahkan kehairanan mengapa kucingnya lebih memilih pakaian dalam berbanding barangan yang lain.

Kredit: Metro News

Kucing yang diberi nama Kee Kee ini juga turut membawa pulang bola dan juga bulu tangkis ke rumah.

“Dia bawa benda paling pelik, kami panggilnya Naughty Torty.

“Dia jadi lebih teruk ketika musim panas, apabila orang ramai akan membiarkan pintu mereka terbuka,” katanya.

Georgia yang berusia 21 tahun itu terpaksa memulangkan kembali barangan yang terlihat begitu mahal dengan menyenaraikannya di laman Facebook miliknya itu.

Kredit: Metro News

“Dia sangat licik dan seperti tidak pernah tertangkap. Dia membawa barang tersebut di sepanjang bahagian atas pagar dan kemudian melalui 3 pintu masuk kucing sebelum meninggalkan barangan itu kepada kami.

“Ada satu hari dimana antara setengah jam dia membawa kepada kami 8 pasang stoking dalam satu masa,” katanya lagi.

Tambah lagi, Kee Kee ini juga telah lama bertengkar dengan seekor kura-kura yang tinggal berdekatan dengan rumah mereka. Kucingnya ini selalunya akan membawa lari makanan kura-kura tersebut dan pulang ke rumah tuannya.

“Saya yakin yang barang makanan yang dia sering bawa balik itu kepunyaan seekor kura-kura yang tingga beberapa jalan diatas kami dan curi makanan dia.

“Dia tahu pukul berapa dia patut keluar, membawa barangan balik pada waktu yang sama setiap hari. Selalunya sehelai salad dan sedikit roti,” tambahnya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.