fbpx
Now Reading
Paderi Warga Korea Ditahan Dipercayai Cabul 6 Lelaki OKU Tempatan

Paderi Warga Korea Ditahan Dipercayai Cabul 6 Lelaki OKU Tempatan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang paderi warga Korea yang bertugas di gereja Persatuan Orang Pekak telah ditahan pada 23 November lalu selepas dipercayai mencabul kehormatan lima warga tempatan yang bersatus Orang Kelainan Upaya (OKU).

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, pihaknya telah menerima keseluruhan enam kes membabitkan suspek berusia 54 tahun. dimana lima darinya di Pulau Pinang dan satu di Selangor.

Tambahnya lagi kesemua kejadian dipercayai berlaku antara 2011 dan 2016.

“Kita terima laporan pertama pada 12 November lalu dan susulan itu, lima lagi laporan kes sama diterima. Suspek sudah berkahwin dan mempunyai dua anak di mana keluarganya berada di Korea dan dia datang ke Malaysia atas pelawaan oleh pengasas Persatuan Orang Pekak untuk menjadi paderi dan mengajar di gereja itu sejak 1998.

“Mereka adalah penganut Kristian dan ahli Persatuan Orang Pekak. Mangsa kerap hadir kelas keagamaan dan aktiviti gereja di sekitar Pulau Pinang dan Selangor,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.

Tambah Huzir, modus operandi suspek adalah berkenalan dengan mangsa ketika menghadiri kelas keagamaan sebelum mula melakukan tindakan keterlaluan terhadap mangsa-mangsanya.

“Suspek mencabul mangsa dengan memeluk, mencium bibir dan menggeselkan kemaluannya dan kejadian dikatakan berlaku di gereja, dalam kereta dan rumah sewa suspek antara 2011 hingga 2016.

“Mangsa lewat membuat laporan polis kerana sebelum ini suspek sering mempengaruhi mangsa dengan mengatakan dia seorang pemimpin dan mereka perlu menuruti setiap arahannya,” katanya.

Susulan itu suspek kini direman selama enam hari bermula 13 Disember hingga hari ini untuk kes di Petaling Jaya dan akan menghadapi dua tuduhan di Mahkamah Butterworth Pulau Pinang pada 21 Disember ini.

“Suspek direman selama tujuh hari berakhir 30 November lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara l, Pulau Pinang, sebelum dikuarantin hingga 8 Disember kerana mempunyai kontak rapat dengan seorang tahanan yang disahkan positif COVID-19 di lokap.

“Suspek ditangkap semula bersabit laporan polis dibuat di Kepala Batas dan direman selama empat hari bagi siasatan dua kes di Pulau Pinang,” katanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.