fbpx
Now Reading
Kreatif! Pemuda Tarik Perhatian Majikan Dengan Tayang CV & QR Code Di Atas Bumbung Kereta

Kreatif! Pemuda Tarik Perhatian Majikan Dengan Tayang CV & QR Code Di Atas Bumbung Kereta

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sila subscribe telegram kami di sini untuk mendapatkan isu-isu trending, berita semasa dan berita hiburan dari dalam dan luar negara. 


Buat mereka yang sedang job hunting, antara perkara yang paling sukar untuk dilakukan adalah ‘tampil menonjol’ berbanding orang lain.

Ini kerana persaingan bagi mendapatkan sesuatu pekerjaan yang ditawarkan pastinya sengit dengan kehadiran ramai calon.

Itu belum masuk calon yang hadir dengan kapasiti ‘cable’ atau dalam bahasa mudahnya kroni bukan?

Namun seorang lelaki dari London, United Kingdom (UK) menjadi perhatian ramai apabila dia bertindak kreatif dengan mempamer dan menampal CV di atas bumbung kereta miliknya dari jenis Volkswagen Up sebelum diparkir di sebuah bangunan yang dimiliki syarikat media BBC Radio 1.

Semuanya demi mendapatan perhatian Radio 1 agar mengambilnya bekerja.

Namun lelaki ini bukanlah orang kebanyakan seperti kita sebaliknya seorang YouTuber yang sedang meningkat naik di sana, Max Fosh

Selain CV, graduan Universiti Newcastle itu yang memang mengidamkan kerjaya sebagai pengacara radio turut menyertakan QR code pada keretanya yang akan terus ke sebuah video ‘pitching’ yang sudah tersedia laman YouTubenya.

Perkara tersebut kemudian dikongsikan Max di laman Twitter miliknya.

Ternyata strategi YouTuber ini menjadi. Kewujudan keretanya di perkararangan bangunan BBC dicampur dengan tweet yang dimuat naiknya di laman Twitter bukan sahaja disedari pekerja di syarikat media terbabit malah turut mendapat perhatian Big boss BBC sendiri iaitu Alex Haydn Jones.

Alex kemudian bertindak membalas tweet Max dengan berkongsi satu video yang memaklumkan yang dia sudah mengimbas kod tersebut dan mahu berbual bersama Youtuber terbabit untuk mengetahui lebih lanjut mengenai dirinya dan mengetahui kepakarannya.

“Hai Max Fosh, saya Alex Haydn Jones, ketua di Radio One. Saya sudah mengimbas kod QR dan lihat video anda, terima kasih atas tawaran anda, saya ingin lihat apa yang boleh anda lakukan,” katanya di dalam video tersebut

Alex dalam masa sama turut menyarankan Max untuk mengikuti(follow) akaun media sosial setiap syarikat yang ingin disertainya.

Perkongsian dan strategi yang dilakukan Max bagaimapun mendapat pelbagai respon dari netizen di sana. Majoriti merasakann tindakannya kreatif namun ada segelintir yang berpendapat dia menggunakan pengaruhnya sebagai Youtuber untuk mencari kerja.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.