fbpx
Now Reading
Pandang Serius Ugutan Anonymous Malaysia, MKN Beri Amaran Kepada Semua Agensi Untuk Bersedia

Pandang Serius Ugutan Anonymous Malaysia, MKN Beri Amaran Kepada Semua Agensi Untuk Bersedia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Sejak semalam tular video amaran oleh kumpulan Hacktivist, Anonymouse Malaysia yang dimuat naik di Facebook yang mengingatkan pihak berwajib bahawa akan berlakunya aktiviti penggodaman melibatkan sistem dalam talian kerajaan.

Menurut mereka, ianya dilakukan sebagai ‘pengajaran’ ekoran dari kelemahan sistem keselamatan dalam talian negara yang telah menyebabkan maklumat peribadi pengguna terdedah kepada pihak tidak bertanggungjawab.

This is a wake up call to govt

“Hello Malaysia. Ini adalah amaran kepada kerajaan Malaysia. Sudah tiba masa anda membuka mata setelah lama kami berdiam diri. Bersedialah. Kami tidak memaafkan, kami tidak lupa, nantikan kami,” katanya menerusi video tersebut.

Tambah mereka, sistem keselamatan negara juga rendah sehingga memudahkan penggodaman sehingga boleh menyebabkan penjualan maklumat orang ramai.

“Sistem keselamatan didapati (di tahap) rendah, semua data mungkin dibocorkan. Hal ini boleh menyebabkan penjualan semua maklumat yang diperolehi,” jelasnya lagi.

MKN & JPM pandang serius

Amaran tersebut akhirnya sampai ke pengetahuan Majlis Keselamatan Nasional dan Jabatan Perdana Menteri.

Kerajaan menerusi Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) memandang serius berkenaan ugutan tersebut.

Keluar notis amaran kepada agensi-agensi kerajaan

Sehubungan itu mereka yang sedeang bekerjasama dengan PDRM bagi koordinasi dan pelan telah mengeluarkan notis kepada semua agensi kerajaaan untuk bersedia dan mengambil langkah penting dalam meminumumkan impak dari serangan tersebut.

“NACSA, MKN telah mengeluarkan satu notis amaran kepada semua agensi kerajaan untuk mengambil langkah-langkah perlu bagi mencegah dan meminimumkan impak ancaman serangan tersebut.

“NACSA, MKN juga sedang berkerjasama dengan pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bagi mengkoordinasi dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Kerajaan ambil berat terhadap keselamatan maklumat kerajaan

MKN menerusi kenyataan sama turut memaklumkan kerajaan mengambil berat isu keselamatan infra IT kerajaan serta sistem-sistem kritikal negara.

Malah ianya digariskan menerusi Strategi Kesalamatan Siber Malaysia (MCSS) yang baru sahaja dilancarkan Oktober 2020 yang lalu.

“Kerajaan amat mengambil berat dan memberi keutamaan terhadap keselamatan infrastruktur teknologi maklumat kerajaan, serta sistem-sistem kritikal negara dengan menggariskan tindakan-tindakan pengukuhan sistem teknologi maklumat, termasuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pegawai-pegawai yang berkaitan.

“Tindakan ini jelas digariskan menerusi Strategi Keselamatan Siber Malaysia (MCSS) yang dilancarkan pada bulan Oktober 2020 lalu, dimana strategi ini menggariskan tindakan-tindakan bagi mengukuhkan sistem ICT kerajaan serta sistem-sistem kritikal negara termasuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pegawai-pegawai yang berkaitan. tulis kenyataan itu lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.