fbpx
Now Reading
Dah Viral Baru Zakat Tolong? Ramai Netizen Buktikan Sebaliknya, Kongsi Pengalaman Dibantu Agensi Zakat
bayar zakat online

Dah Viral Baru Zakat Tolong? Ramai Netizen Buktikan Sebaliknya, Kongsi Pengalaman Dibantu Agensi Zakat

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Sukar dinafikan, masyarakat kita sebenarnya sering ‘disaji’ dengan tohmahan dan tuduhan palsu membabitkan agensi zakat.

Ianya semakin ketara dengan adanya media sosial. Orang ramai lebih kerap menyalahkan agensi-agensi ini dengan melemparkan tohmahan dan tuduhan palsu seperti ‘zakat tak buat kerja’, ‘pekerja zakat tidur’ dan sebagainya setiap kali timbulnya kes membabitkan peminta sedekah, asnaf terabai seperti fakir, miskin, dan banyak lagi di media sosial.

Ini membuatkan orang ramai yang lebih memilih untuk tidak menyiasat mula percaya kononnya tiada tindakan dan bantuan yang diberikan oleh institusi zakat dan pihak berwajib.

Jika ada pun proses bantuannya pasti agak birokrasi dan sukar di mohon.

Dr Zulkifli perbetulkan tanggapan

Keadaan sebegini akhirnya membuatkan Menteri Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri tampil memperbetulkan tanggapan orang ramai dan mengingatkan mereka agar tidak cepat buruk sangka dan menuduh agensi seperti pusat zakat seolah tidak memainkan peranan mereka.

Baca artikel berkaitan : Tak viral, tak dapat bantuan? ‘Log out’ & lihat sekeliling, dunia luar lebih luas – Dr Zulkifli

Netizen tampil beri sokongan kepada zakat

Namun siapa sangka, selepas kecoh isu ini di media sosial, seorang pengguna Twitter, @armanrogers dengan sendirinya melakukan inisiatif menyeru penerima-penerima zakat disana untuk berkongsi pengalaman mereka sebagai usaha untuk membuktikan bahawa agensi-agenzi zakat sememangnya bekerja dan telus didalam tugasan mereka.

Yang menarinya perkongsian tersebut dikongsikan oleh sebuah agensi zakat sendiri iaitu Lembaga Zakat Selangor di laman Facebook mereka.

Yang terima zakat takkan taknak ‘backup’?

Kongsi perkongsian orang lain

Arman dalam masa sama turut berkongsi beberapa perkongsian beberapa lagi penerima zakat yang turut tampil menceritakan pengalaman mereka dibantu pusat zakat di negeri masing-masing.

Teringat betapa senangnya dapat tajaan Baitulmal

Saya berada dimana saya sekarang sebab zakat

Semakin ramai yang tampil

Rumah sewa pun dibayar zakat selangor

PPZ Penang bayar pengajian dan bantu semasa rumah terbakar


Dibantu Zakat Kelantan hingga dapat ijazah

Guru turut tampil jelaskan zakat beri peruntukan untuk pelajaran

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.