fbpx
Now Reading
Hanya Belajar Dari Youtube, Pemuda OKU Kini Buka Kedai Gunting Rambut

Hanya Belajar Dari Youtube, Pemuda OKU Kini Buka Kedai Gunting Rambut

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !


Benarlah kata pepatah ‘hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih’ Berbekalkan ilmu menggunting rambut yang hanya dipelajari di Youtube, seorang pemuda orang kelainan upaya (OKU) berjaya membuka kedai menggunting rambutnya sendiri di rumahnya di di Kampung Teluk Bakong, Lambor Kanan, Perak.

Meskpipun mempunyai masalah pendengaran dan bisu, Farid Aidil Mat Din, 28, tidak menganggap semua itu satu kekurangan malah dia berjaya mengasah kemahiran memotong rambutnya menerusi tutorial dari laman penstriman video berkenaan.

Malah atas usahanya itu dia berjaya mengharungi 4 tahun bersama perniagaannya itu yang diberi nama Arid Barber dengan purata 6 pelanggan setiap hari.

Menerusi laporan Bernama, hasil dari pembelajaran tersebut Farid yang tidak mempunyai sijil menggunting rambut kini  dapat memenuhi semua permintaan pelanggannya.

“Saya memang tidak pernah menghadiri apa-apa kursus menggunting rambut. Jadi saya cuba menggunakan YouTube sebagai rujukan dan Alhamdulillah, banyak pelanggan saya memberi respons positif.

“Pada mulanya, saya hanya cuba menggunting rambut kawan-kawan saya sehinggalah ke hari ini dan saya juga ada pelanggan tetap,” katanya kepada Bernama.

Difahahamkan sesi temu bual yang berlangung dibantu kakaknya Noor Fashikin, 32, serta ibu bapanya, Mat Din Mat Piah, 68, dan Maimon Mohd Drus, 47.

Mengakui sangat meminati bidang berkenaan, Farid memasang impian untuk mempunyai alatan yang lebih lengkap dan bagus demi memberi keselesan keapda pelanggannya.

“Kalau diikutkan, saya hanya pinjam peralatan daripada kawan dan ada juga yang saya beli sendiri tetapi cepat rosak, malah ada pelanggan merungut mesin yang saya guna bunyi kuat sangat dan panas.

“Setakat ini saya memang sedang mengumpulkan duit untuk menggantikan semua peralatan yang semakin uzur lebih-lebih lagi mesin penggunting yang sangat penting,” tambahnya yang berharap dapat diberi peluang untuk mengembangkan perniagaannya itu suatu hari nanti.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.