fbpx
Now Reading
Jatuh Cinta Semasa GV7, Bad Indigo & Ashira Kini Sah Suami Isteri

Jatuh Cinta Semasa GV7, Bad Indigo & Ashira Kini Sah Suami Isteri

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !


Tahniah kami ucapkan kepada penyanyi Ashira dan Bad Indigo yang selamat dinikahkan semalam, di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya sekitar jam 245 semalam.

Dinikahkan oleh bapa Ashira, Syed Abdul Aziz dengan mas kahwin berupa sebentuk cincin, pasangan berkenaan menerusi satu video menzahirkan rasa syukur diatas kelancaran majlis berkenaan.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Namun, kami memohon maaf kerana tidak dapat menjemput rakan-rakan dan pihak media kerana kita semua masih berada di dalam Perintah Kawalan Pergerakan
Pemulihan (PKPP)

“Majlis hari ini hanya dihadiri oleh keluarga terdekat keduadua belah pihak, “kata pasangan berkenaan.

Buat Bad, dia berterima kasih kepada pasukan produksi GV 7 yang mengaturkan hampir kesemua urusan pernikahan tersebut. Dalam masa sama dia turut mendedahkan yang anak-anaknya menerima kehadiran Ashira dengan baik dan sudah mula memanggilnya dengan panggilan ‘mom’

“Terima kasih kepada pasukan produksi GV7 yang mengaturkan agenda hari ini termasuklah urusan masjid, pegawai pendaftar hinggalah jamuan untuk tetamu.

“Anak saya terbuka menerima Ashira sejak dari awal perkenalan kami. Sekarang pun, mereka (anak-anak) sudah mula memanggil Ashira dengan panggilan ‘mom’,” katanya.

Perkara sama turut dikongsikan Ashira yang memaklumkan anak-anak mereka kita sudah menjadi akrab.

“Saya bersyukur sangat-sangat.. anak saya boleh terima Bad.. anak Bad pula boleh terima saya. Sekarang ni mereka dah jadi ‘geng’.

Sebagai rekod perkahwinan ini merupakan perkahwinan kedua buat masing-masing. Ashira menerusi perkahwinan pertama memiliki seorang anak, Megat Shazril Haziq Hadi, yang kini berusia 15 tahun, manakala Bad pula dikurniakan dua anak iaitu Rayyan, 12, dan Rania, 11.

Tahniah sekali lagi dari kami buat pasangan selebriti ini!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.