fbpx
Now Reading
“Saya Patut Beri Contoh Yang Baik” – Neelofa Mohon Maaf, Akui Tidak Sensitif Isu Semasa

“Saya Patut Beri Contoh Yang Baik” – Neelofa Mohon Maaf, Akui Tidak Sensitif Isu Semasa

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak kebelakangan ini, nama pengacara dan usahawan Neelofa hangat diperkatakan netizen selepas penularan beberapa foto media sosial foto memperlihatkan tetamu yang hadir ke majlis pernikahannya dilihat tidak mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Namun namanya dan suami, PU Riz semakin hangat diperkatakan selepas usahawan itu berkongsi beberapa hantaran memaparkan kunjungannya ke Langkawi, sehingga menimbulkan spekulasi pasangan ini sedang berbulan madu, beberapa hari selepas diijabkabulkan.

Foto-foto tersebut menaikkan kemarahan orang ramai yang kemudian menyifatkan figura umum ini tidak peka terhadap sensitiviti masyarakat sehingga ada yang merancang memboikot produk yang dihasilkannya.

Terbaru, Neelofa yang dikecam teruk akhirnya tampil memohon maaf melalui rakaman video yang berdurasi kira-kira dua minit yang dikongsikan kepada pihak media.

Menerusi video tersebut Neelofa turut tampil memberi penjelasan dan pencerahan tentang dua isu tersebut.

“Saya seikhlas hati memohon maaf kerana atas segala kesalahan SOP yang dalam pengetahuan saya mahu pun di luar pengetahuan saya tentang dua isu ini,dan saya (kami) mengakui, menerima dengan hati yang terbuka segala keputusan dan juga tindakan daripada pihak berkuasa” katanya.

“Saya sekali lagi mohon maaf kerana kurang menjaga sensitiviti tentang hal ini dengan semua. Ada banyak perkara yang saya terlepas pandang dan saya patutnya memberi contoh yang lebih baik mengenai hal itu,” katanya.

Neelofa juga berkata, dia memilih membuat video permohonan maaf  ini adalah kerana kedua-dua belah keluarga dia dan suaminya sudah selesai memberi keterangan dan kerjasama di Balai Polis Dang Wangi bagi membantu siasatan pihak berkuasa .

“Alhamdulillah, hari ini selesai (proses beri keterangan dan kerjasama kepada polis). Saya dan suami pergi (beri keterangan) pada awal minggu ini, keluarga mentua beberapa hari lalu dan keluarga saya hari ini,” katanya.

Di akhir videonya, Neelofa mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut Ramadan al-Mubarak kepada semua umat Islam dengan harapan Ramadan kali ini menajdi Ramadan yang terbaik.

“Semoga Ramadan kali ini menjadi Ramadan yang terbaik untuk kita semua, sentiasa dalam lindungan Allah swt dan mendapat ketenangan dan keberkatan. Insya-Allah,” katanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.