fbpx
Now Reading
Tahniah! Ain Edruce Kini Bergelar Ibu, Selamat Lahirkan Anak Sulung Perempuan

Tahniah! Ain Edruce Kini Bergelar Ibu, Selamat Lahirkan Anak Sulung Perempuan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Aktres dan pengacara terkenal, Ain Edruce telah selamat melahirkan cahaya mata sulung pada jam 1.30 pagi semalam.

Bayi seberat 2.79 kg itu dilahirkan di pusat perubatan di Subang Jaya, Petaling Jaya secara normal.

Menerusi perkongsian Ain atau nama sebenar Nurulain binti Edruce di Instagramnya, dia telah meneka jantina anaknya lelaki manakala suaminya meneka perempuan.

Foto: IG Ain Edruce
Foto: IG Ain Edruce

Namun kali ini dia mengaku kalah dengan suami kerana telah melahirkan seorang anak perempuan.

Seperti yang diberitahu BH Online, walau apapun jantina anaknya, isteri kepada ahli perniagaan, Amirul Hafiz Mustaffa ini tetap bersyukur dengan rezeki yang telah dikurniakan.

“Pada mulanya, Ain meneka bakal dapat anak lelaki. Suami pula meneka anak sulung kami perempuan.

“Nampaknya, tekaan suami betul. Biar apa pun, saya dan suami menyambut tanda cinta kami ini dengan penuh kesyukuran.”

Foto: IG Ain Edruce

Tambahnya lagi, dia masih tidak sangka dirinya kini telah bergelar seorang ibu. Dia turut berharap dengan kehadiran cahaya mata sulung ini mampu menambah seri rumah tangga mereka.

Sebelum ini, Ain turut berkongsi beberapa buah video di TikTok sementara menunggu waktu bersalin.

“Sudah masanya little monster ini keluar.”

@ainedruce91

Bismillah 🙏🏻

♬ Be A Clown – ָ࣪ ۰♥️ Osuna ࣪𖥔꒷

“Baby masih tak nak keluar gais…”

@ainedruce91

Come on ain !

♬ why is everyone using this sound – kailie

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.