fbpx
Now Reading
Semata-Mata Untuk Content, YouTuber ‘Terbangkan’ Anjing Peliharaan Ditahan Polis

Semata-Mata Untuk Content, YouTuber ‘Terbangkan’ Anjing Peliharaan Ditahan Polis

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semata-mata untuk mencapai jumlah tontonan tinggi, segelintir Content Creator sanggup melakukan apa sahaja tanpa memikirkan akibatnya. Antaranya termasuklah content yang tidak menjaga sensitiviti. Malah, ada juga yang sanggup mempertaruhkan nyawa tidak kira diri sendiri, orang lain ataupun haiwan peliharaan.

Di Delhi, India, seorang YouTuber telah ditahan kerana didakwa melakukan kekejaman haiwan di sebuah video yang dihasilkan.

‘Terbangkan ‘Dollar’ dengan Belon Helium’

Menerusi video yang dimuatnaik lelaki itu sendiri, Gaurav John di saluran YouTube miliknya ‘GauravZone’, dia telah mengikat anjing peliharaannya yang bernama Dollar pada belon helium sebelum menerbangkannya ke udara.

Dia kemudiannya telah menerima kecaman ramai atas perlakuannya yang dianggap sebagai kekejaman haiwan.

Selepas sebuah persatuan haiwan ‘People of Animal’ (PFA) membangkitkan isu itu, sebuah laporan terhadap Gaurav dan ibunya telah dibuat dan mereka ditahan untuk membantu siasatan di bawah Akta Kekejaman Haiwan.

Namun begitu, dia telah membuat permohonan maaf sekaligus menerangkan tentang langkah keselamatan yang diambil sewaktu melakukan aksi itu.

“Sebelum membuat video itu, saya telah mengambil langkah-langkah keselamatan. Saya telah menerangkan tentang hal ini di dalam video tetapi tidak memuat naik kerana boleh memanjangkan video.

“Ianya merupakan salah saya sendiri. Saya hanya mahu menegaskan langkah keselamatan telah diamalkan. Kandungan yang salah telah keluar dan ia sepatutnya tidak berlaku.”

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.