Pelanggan Cuba ‘Scam’ Restoran, Kantoi Buang Lipas Dalam ‘Hotpot’ Untuk Dapat Pampasan
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kesilapan sewaktu berurusan dengan pelanggan sememangnya boleh terjadi. Kedua-dua pihak perlu bertoleransi sesama sendiri untuk memperbetulkan keadaan.
Sebab itu lah wujudnya fungsi ‘customer feedback’ supaya para pelanggan dapat berhubung secara terus kalau terdapat sebarang masalah atau komen yang hendak disampaikan.
Sengaja memasukkan lipas ke dalam hotpot
Namun, perkara yang sebaliknya pula berlaku apabila seorang pelanggan ini dengan sengaja membuang lipas ke dalam periuk panas atau ‘hotpot’ miliknya dengan niat untuk mendapatkan pampasan.
Menurut laporan South China Morning Post, kejadian yang berlaku di Shenzhen, China ini bermula apabila lelaki itu cuba menyembunyikan lipas di belakang telefon bimbitnya.
Kemudian dia bertindak memasukkan sayur-sayuran ke dalam ‘hotpot’ itu beserta dengan lipas.
Minta pampasan disebabkan ‘kecuaian’
Selepas itu, dia telah meminta pampasan sebanyak 1,000 yuan (RM641) daripada restoran itu disebabkan oleh ‘kecuaian’.
Walaubagaimanapun, staf restoran itu terus memeriksa rakaman CCTV sebelum menghubungi pihak polis.
Pernah guna taktik sama di cawangan lain
Sebelum ini, lelaki itu telah menggunakan taktik yang sama dan mendapat pampasan sebanyak 800 yuan (RM513) di cawangan lain.
Semata-mata untuk mendapatkan wang dengan cara mudah, akhirnya memakan diri kerana dia kini dalam tahanan polis.