fbpx
Now Reading
Instagram Bakal Tamatkan Ciri ‘Swipe Up’ Untuk Layari Pautan Bermula 30 Ogos Ini

Instagram Bakal Tamatkan Ciri ‘Swipe Up’ Untuk Layari Pautan Bermula 30 Ogos Ini

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sekitar Jun lalu, Instagram ada mengumumkan sedang menguji fungsi pelekat (Sticker) yang hadir dengan fungsi kongsi pautan buat penggunanya.

Menjelaskan bahawa ia bukanlah fungsi tambahan, Ketua produk Instagram, Vishal Shah, sebaliknya memaklumkan ia diperkenalkan untuk meluaskan lagi ciri perkongsian pautan berbanding fungsi ‘Swipe Up’ yang hanya boleh diakses kepada pengguna verified atau pengguna berprofil bisnes dengan pengikut melebihi 10 ribu orang.

Lebih menarik ia menggunakan sistem pautan sama seperti Swipe up tetapi lebih mudah dengan hanya perlu menekan pada sticker tersebut dan instagram akan terus melencongkan anda ke pautan berkenaan.

Terbaru, Instagram sudah mula memberikan notifikasi kepada sesetengah penggunanya  memaklumkan bahawa mereka akan menamatkan ciri “Swipe Up”  bermula 30 Ogos.

Diganti dengan pelekat pautan (link sticker)

Menerusi notifikasi tersebut mereka turut memaklumkan orang ramai masih boleh menambah pautan dengan menggunakan pelekat pautan yang baharu.

Dengan pengumuman ini bermakna fungsi swipe up akan dimansuhkan dan secara rasmi digantikan dengan pelekat pautan.

Namun ciri ini buat masa ini masih kekal untuk pengguna verified dan akaun bisnes dengan 10,000 pengikut. Namun Instagram menjangkakan mereka berkemungkina akan turut menawarkannya kepada semua pengguna di masa hadapan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.