fbpx
Now Reading
Pelancong ke Langkawi Wajib Jalani Saringan Covid-19, Ini 3 Kaedah Saringan Yang Boleh Digunakan

Pelancong ke Langkawi Wajib Jalani Saringan Covid-19, Ini 3 Kaedah Saringan Yang Boleh Digunakan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui bermula 16 Septembember Pulau Langkawi akan kembali dibuka kepada semua pelancong di seluruh negara kecuali mereka yang berada di kawasan PKPD.

Ianya disambut meriah oleh orang raamai apabila tempahan hotel disana turut hampir penuh menunjukkan ramai yang sudah tidak sabar untuk bercuti ke sana.

Namun hanya tinggal sehari sebelum 16 September, Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin (KJ) mengumumkan kerajaan kini telah mewajibkan orang ramai yang ingin ke Langkawi untuk menjalani ujian pengesanan COVID-19 sebelum memulakan perjalanan.

Menurut KJ, terdapat tiga kaedah yang akan digunakan untuk pengesanan Covid-19 sebelum memulakan perjalanan iaitu :

1. Melakukan ujian pengesanan COVID-19 sama ada RT-PCR atau RTK-Antigen, yang perlukan dilakukan di mana-mana fasiliti kesihatan dan makmal swasta dalam tempoh 48 jam sebelum tarikh berlepas.

2. Membeli kit ujian kendiri saliva melalui perkhidmatan yang akan disediakan pihak swasta di tempat saringan di lapangan terbang atau terminal feri dan menjalani ujian pengesanan di situ.

3. Pelancong membeli kit ujian kendiri saliva dan membawanya ke lapangan terbang atau terminal feri untuk menjalani ujian pengesanan COVID-19 di tempat saringan yang disediakan3

Keputusan ujian dibawa bersama untuk pemeriksaan di pintu masuk

Keputusan tersebut kemudian perlu dibawa bersama untuk pemeriksaan di pintu masuk, sama ada lapangan terbang atau terminal feri sebelum berlepas.

Ujian pengesanan dari umur 7 tahun keatas, 6 tahun kebawah hanya saringan gejala


Ini bermakna pelancong yang didapati negatif COVID-19 akan dibenarkan untuk meneruskan perjalanan, namun individu yang didapati positif COVID-19 pula akan dihalang dari meneruskan perjalanan dan mereka akan diuruskan sebagaimana prosedur operasi standard (SOP) pengurusan kes positif COVID-19 dan kontak rapat yang sedia ada.

Selain itu beliau menjelaskan ujian pengesanan ini akan diwajibkan terhadap individu berusia 7 tahun dan keatas merangkumi kanak-kanak, remaja dan juga orang dewasa.

Namun kanak-kanak 6 tahun kebawah hanya memerlukan saringan gejala.

“Ujian pengesanan ini akan dilakukan terhadap individu dewasa (18 tahun ke atas) serta remaja dan kanak-kanak berusia 7-17 tahun. Bagi kanak-kanak berusia enam tahun dan ke bawah, hanya saringan gejala akan dilakukan mengambil kira keupayaan mereka untuk mengeluarkan saliva.

“Kumpulan kanak-kanak ini mesti bersama ibu bapa atau penjaga yang sudah lengkap vaksinasi, bukan kes positif atau kontak rapat kepada kes positif dan hendaklah mematuhi SOP yang ditetapkan.

“Ujian pengesanan COVID-19 yang dijalankan di lapangan terbang dan terminal feri terbabit akan dipantau dan disahkan oleh anggota kesihatan yang bertugas,” kata KJ dalam kenyataan itu lagi.

Tambah KJ lagi,

Perlu dilaksanakan berhati-hati elak peningkatan kes.

Jelas KJ, projek rintis ini perlu dilaksanakan secara berhati-hati bagi mengelakkan berlakunya peningkatan kes serta kluster baharu.

Justeru kerajaaan perlu mengambil pendirian sebegini dalam memastikan mereka yang kesana sudah menerima vaksinasi lengkap, bukan kes positif COVID-19 dan bukan kontak rapat kepada kes positif.

MOTAC sambut baik langkah tersebut

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Dato’ Sri Nancy Shukri kemudiannya dilihat membalas ciapan tersebut dan memaklumkan pihak MOTAC menyambut baik apa jua langkah yang boleh memperkemas dan menambah baik prosedur demi memastikan projek rintis Pelancongan Gelembung Langkawi selamat dan kekal ‘hijau’.

Terdahulu Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein memaklumkan projek rintis ini kan dijadikan sandaran untuk membuka lebih banyak destinasi pelancongan selepas ini.

Namun sekiranya gagal, kerajaan tidak akan meluluskan lagi mana-mana gelembung pelancongan untuk destinasi lain.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.