fbpx
Now Reading
Pengasuh Taska Baling Objek Pada Bayi Sudah Ditahan [Video]

Pengasuh Taska Baling Objek Pada Bayi Sudah Ditahan [Video]

Kedua-dua mereka kini direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 3(1) Akta Kanak Kanak 2001.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam tular di media sosial satu video memperlihatkan tindakan ‘tidak berakal’ seorang pengasuh taska yang membaling objek disyaki bungkusan mampat pada bayi yang sedang merangkak.

Video insiden yang dipercayai berlaku di sebuah taska di Bayan Baru, Pulau Pinang telah dimuat naik oleh ibu bayi itu sendiri di laman Facebook miliknua.

“Pos dekat sini la sebagai kenangan… nanti baby tu dah besar. Dia boleh tengok apa yang orang dah buat dekat dia. Semoga Allah pelihara anak2 syurga yang lain. Aku selalu tngok dekat anak org ja. Sekali anak aku yang kena.Aku dah cukup baik”

Ia kemudian mula tular dan menjadi sohor di semua platform media sosial.

Penularan video tersebut nyata mengejutkan orang ramai. Ramai menyifatkan pengasuh berkenaan kejam dan langsung tidak berperikemanusiaan.

Pelaku sudah ditahan

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal kemudian memaklumkan pihaknya sudah pun menerima laporan dan sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung kejadian tersebut.

Terbaharu,  Kamarul Rizal mengesahkan pihaknya sudah menahan dua pengasuh wanita berusia lingkungan 20-an berhubung insiden tersebut.

“Video kejadian tersebut tular selepas dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook iaitu ibu kepada bayi (lelaki) dan ekoran itu kami menerima dua laporan polis berhubung insiden berkenaan sebelum menjalankan siasatan lanjut.

“Siasatan polis mendapati kejadian itu berlaku pada 6.45 petang, 24 November lepas namun videonya baru tular sejak semalam selepas ibu mangsa memuat naik di Facebook miliknya,” katanya dipetik dari Bernama.

Jelas beliau lagi kedua-dua mereka kini direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 3(1) Akta Kanak Kanak 2001.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.