fbpx
Now Reading
Berkelajuan 19,000KM/Jam, China Bangunkan Pesawat Hipersonik Paling Laju Di Dunia

Berkelajuan 19,000KM/Jam, China Bangunkan Pesawat Hipersonik Paling Laju Di Dunia

Reka bentuknya yang kompleks membuatkan pesawat berkenaan mampu mencapai 5 kali ganda lebih laju dari kelajuan bunyi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Beberapa bulan lalu, China menjadi tumpuan dunia apabila melancarkan kereta api maglev yang mampu mencapai kelajuan sehingga 600 kilometer sejam (km/j).

Ramai menyifatkan mereka akan terus menyaingi teknologi Jepun memandangkan kelajuannya hanya kurang beberapa kilometer dari rekod dunia yang dicapai meglev Jepun iaitu 603 km/j.

Terbaharu negara komunis itu sekali lagi menjadi perhatian dunia apabila dilaporkan sedang membina sebuah pesawat hipersonik berkelajuan 12,000 mph atau bersamaan 19,312km/j.

Menurut laporan Daily Mail, pesawat sepanjang 148 kaki (45 meter) itu yang mampu mengangkut 10 penumpang pada satu-satu masa difahamkan boleh tiba di mana sahaja destinasi di dunia dalam tempoh 1 jam.

Model pototaipnya telah didedahkan oleh saintis angkasa lepas China yang terlibat dalam misi Marikh dan bulan negara itu menerusi satu jurnal di Journal of Propulsion Technology.

Baca artikel berkaitan : Buat Saintis Tertanya-Tanya, Kenderaan Jelajah China Terakam ‘Pondok Misteri’ Di Bulan

5x ganda kelajuan bunyi

Dari segi reka bentuk, pesawat berkenaan yang 1/3 lebih besar dari Boeing 737 akan menggunakan sayap delta yang menyamai Concorde, namun apa yang membezakan ialah hujung bucunya yang sedikit ke atas.

Reka bentuknya yang kompleks membuatkan pesawat berkenaan mampu mencapai 5 kali ganda lebih laju dari kelajuan bunyi.

Memajukan rekaan asas Boeing Manta X-47C

Namun rekaan pesawat ini bukanlah 100% idea mereka sebaliknya para saintis di China memajukan rekaan asas Boeing Manta X-47C, iaitu projek pesawat hipersonik yang digugurkan Nasa pada tahun 2000 ekoran dari kos yang terlalu tinggi.

Ming Han Tang, bekas jurutera Nasa mereka bentuk teknologi Two-Stage Vehicle (TSV) X-plane yang menggunakan dua enjin berasingan tanpa bahagian bergerak pada setiap sisi pesawat pada era 90-an.

Namun ia tidak sempat mendapat kelulusan ekoran projek tersebut telah dibatalkan pihak tertinggi Nasa.

Difahamkan Saintis China menjangkakan pesawat ini mampu disiapkan pada penghujung 2035. Malah pasukan pengkaji menyasarkan mampu menghasilkan sebuah lagi pesawat dengan kapasiti 100 penumpang sebelum 2045.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.