fbpx
Now Reading
Kantoi Curi Tabung Masjid, Remaja Dimandikan Seperti Jenazah Oleh Jemaah [Video]

Kantoi Curi Tabung Masjid, Remaja Dimandikan Seperti Jenazah Oleh Jemaah [Video]

Bukan setakat dimandikan, dia turut dilumur dengan kapur barus walaupun masih lengkap berpakaian.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Siapa sangka tindakan seorang remaja mencuri tabung di sebuah masjid akhirnya membawa padah apabila dia tertangkap dan dihukum dengan dimandikan seperti ‘jenazah’ oleh jemaah masjid.

Menerusi video yang tular di media sosial, remaja yang memakai baju biru itu dilihat dalam posisi berbaring sambil dimandikan oleh beberapa ahli jawatankuasa (AJK) masjid termasuk Imam selain turut diawasi oleh beberapa orang penduduk kampung.

Bukan itu sahaja, badannya turut dilumur dengan kapur barus sama seperti proses memandikan jenazah walaupun dia masih lengkap berpakaian.

Menerusi video sama, dia yang mengelak dari disembur air kemudian terpaksa dipegang oleh jemaah lain bagi memastikan dia ‘dimandikan’ dengan sempurna.

Namun setakat ini tiada sebarang info di mana kejadian itu berlaku dan bila tarikh video itu dirakam.

Penularan klip trersebut nyata mendapat pelbagai respon dari netizen baik di Facebook mahupun Twitter.

Ada yang bersetuju dengan ‘hukuman’ yang dikenakan namun ada segelintir yang berpendapat tindakan itu agak keterlaluan meskipun niat mereka hanyalah untuk memberikan pengajaran kepada pesalah.

Namun lebih ramai dilihat bersetuju dengan hukuman ‘mandi jenazah’ tersebut berbanding mengguna kekerasan untuk menghukumnya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.