fbpx
Now Reading
Kim Pan-Gon Kini Ketua Jurulatih Harimau Malaya

Kim Pan-Gon Kini Ketua Jurulatih Harimau Malaya

Pang Gon diberikan kontrak dua tahun dengan pilihan akan disambung lagi sekiranya FAM berpuas hati dengan prestasinya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Selepas beberapa minggu berteka-teki, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini secara rasmi mengumumkan pelantikan jurulatih dari Korea Selatan, Kim Pan Gon sebagai pengendali baharu skuad kebangsaan.

Perkara itu diumumkan Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin pada satu sidang media di Kelana Jaya, tengah hari tadi.

Menurut Hamidin, pemilihan Pan Gon dibuat selepas FAM melakukan penilaian rapi memandangkan badan induk itu telah menerima banyak permohonan untuk mengisi jawatan berkenaan dari seluruh dunia antaranya Jepun, negara-negara Eropah dan Amerika Latin serta dalam negara.

“FAM berasakan bahawa Pan Gon merupakan calon terbaik untuk mengendalikan skuad Harimau Malaya berdasarkan pengalaman luas beliau sebagai jurulatih di peringkat kelab dan pasukan kebangsaan, selain berada dalam sistem pasukan kebangsaan Republik Korea dalam tempoh empat tahun terakhir ini,” kata Hamidin.

Kim Pang Gon yang mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Tan Cheng Hoe diberikan kontrak dua tahun dengan pilihan akan disambung lagi sekiranya berjaya meningkatkan persembahan skuad Harimau Malaya atau FAM berpuas hati dengan prestasinya.

Menurut Hamidin lagi, Pang Gong dijangka tiba ke ibu negara pada pertengahan bulan Februari ini. Namun kedatangannya ke sini bukanlah seorang diri, sebaliknya akan turut membawa bersama empat pembantunya iaitu seorang penolong jurulatih, seorang jurulatih penjaga gol, seorang jurulatih kecergasan dan seorang juruanalisis.

Dengan pelantikan ini, Pan Gon yang juga bekas pengurus pasukan bola sepak Hong Kong secara rasmi meletakkan jawatan beliau sebagai Pengarah Pasukan Kebangsaan di Persatuan Bolasepak Korea Selatan (KFA).

Terdahulu Tan Cheng Hoe meletakkan jawatan sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya pada bulan susulan kegagalan skuad bimbingannya beraksi cemerlang di Piala Suzuki AFF 20lalu 20 di Singapura pada bulan lalu.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.