fbpx
Now Reading
Gara-Gara Powerbank, Rumah Aliff Syukri Terbakar

Gara-Gara Powerbank, Rumah Aliff Syukri Terbakar

DIfahamkan tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa yang berlaku, hanya tilam yang dipercayai terbakar.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Usahawan terkenal iaitu Datuk Seri Aliff Syukri dan pasangannya Datin Seri Shahida berdepan dengan detik cemas apabila salah sebuah bilik di kediaman mewahnya terbakar dan dipercayai berpunca daripada powerbank.

Menerusi video yang dikongsikan di Instagram Datin Seri Shahida, kelihatan stafnya cuba memadam api yang membakar tilam dan asap berkepul-kepul memenuhi ruang bilik hingga ke luar.

Menurutnya, bilik itu dihuni oleh salah seorang stafnya dan beliau bersyukur kerana menyedari perkara itu lebih awal apabila terbau asap di dalam rumah berkenaan.

Powerbank panas letak atas tilam

Difahamkan insiden berlaku kerana power bank yang dalam keadaan panas telah diletakkan di atas tilam.

“Bilik staf saya Idris yang terbakar. Lepas ni powerbank kalau tengah panas-panas lepas cas jangan letak atas katil gais.

“Alhamdulillah kami semua selamat, yang paling kecoh Aliff Syukri. Api dah padam baru dia nak call bomba,” kata beliau.

Dalam video tersebut, api yang membakar tilam itu berjaya dipadamkan dengan menggunakan air.

Jelasnya, beliau turut mempunyai pemadam api yang disimpan di rumah, namun keadaan yang panik itu telah membuatkan dirinya lupa dan hanya terfikir untuk menggunakan air sahaja untuk memadam api tersebut.

Beliau bagaimanapun turut menasihati orang ramai untuk berhati-hati dan tidak meletakkan powerbank yang panas di atas katil, kerana perkara yang kecil tanpa disangka boleh menjadi punca kepada kebakaran.

Bukan gimik atau konten

Beliau turut menegaskan bahawa insiden yang berlaku itu bukanlah satu gimik yang sengaja diada-adakan untuk menghasilkan sebuah konten.

Dalam masa yang sama, Aliff menerusi satu hantaran di IG turut berkongsi pengalaman yang menakutkan itu apabila dia terdengar jeritan dari anak-anak dan stafnya serta menyedari asap sudah naik sehingga ke tingkat atas rumah.

“Tak sempat cuci berak”

“Waktu tu saya sedang berak sampai saya tak sempat cuci berak dan tak perasan langsung waktu tu ada kebakaran.

“Saya lari-lari sampai tak cukup tanah, waktu tu tuhan je yang tahu. Saya hanya fikir nak selamatkan nyawa keluarga saya sahaja,” kata beliau.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.