fbpx
Now Reading
Produk Kosmetik Kantoikan Peguam Amber Heard Menipu Di Mahkamah

Produk Kosmetik Kantoikan Peguam Amber Heard Menipu Di Mahkamah

Pelakon wanita Aquaman itu, dikatakan telah menggunakan alat solek tersebut untuk menutup bekas lebam agar tidak kelihatan pada orang awam.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak akhir-akhir ini, isu berkaitan dua orang pelakon Hollywood, Amber Heard, 35, dan Johnny Depp, 58, kini sedang hangat dibualkan di media sosial kerana kes saman mereka yang sedang berjalan di mahkamah.

Pelakon filem Pirates Of The Carribean itu sebelum ini telah didakwa mengasari serta memukul bekas isterinya sebelum mereka bercerai.

Susulan daripada isu itu, Depp yang tidak mahu berdiam diri dan ingin menegakkan keadilan telah menyaman Heard atas dakwaan fitnah terhadap dirinya sehingga membuatkan karier pelakon tersebut malap berikutan kes tersebut.

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial yang memaparkan peguam Heard, Benjamin Rottenborn yang menyatakan wanita itu terpaksa memakai satu alat solek iaitu kit ‘concealer’ pada setiap hari.

Dia dikatakan menggunakan alat solek tersebut untuk menutup parut dan bekas lebam akibat dikasari oleh Depp, serta sentiasa menyimpan alat tersebut di dalam tas tangannya sepanjang tempoh perkahwinan mereka, lapor Daily Mail.

Milani nyatakan ‘concealer’ tersebut dilancarkan pada tahun 2017

@milanicosmetics

You asked us… let the record show that our Correcting Kit launched in 2017!👀 #milanicosmetics

♬ International Super Spy – dylan

Walau bagaimanapun, jenama produk kosmetik Milani kemudian tampil dalam satu video di TikTok menyatakan bahawa produk ‘concealer’ tersebut dikeluarkan pada tahun 2017 iaitu selepas pasangan tersebut bercerai pada tahun 2016.

“Awak bertanya kepada kami, biar kami tunjukkan rekod kit ‘concealer’ telah dilancarakan pada 2017,” kata Milani di dalam kapsyennya.

Ini secara tidak langsung telah menunjukkan kenyataan yang dikeluarkan oleh peguam Heard adalah tidak tepat dan diragui selepas video yang dikeluarkan oleh jenama produk kosmetik tersebut.

Terdahulu, Johnny Dep serta Amber Heard telah berkahwin pada tahun 2015 namun mereka kemudian bercerai selepas setahun bersama pada 2016.

Depp telah memfailkan saman malu dan fitnah kepada bekas isterinya sebanyak 50 juta USD pada tahun 2019.

Baca artikel berkaitan:

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.