fbpx
Now Reading
Isteri Terkejut Selepas 10 Bulan Berkahwin Baru Tahu Suami Adalah Wanita
Isteri terkejut selepas 10 bulan berkahwin baru tahu suami adalah wanita

Isteri Terkejut Selepas 10 Bulan Berkahwin Baru Tahu Suami Adalah Wanita

Wanita yang dikenali sebagai NA itu mengenali suaminya itu menerusi satu aplikasi Tantan. Suaminya itu bukan sahaja telah menipu tentang jantina malah turut menipu berkenaan pekerjaannya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang wanita yang dikenali sebagai NA berusia 22 tahun di Kota Jambi, Indonesia, merasa tertipu apabila menyedari suami yang dikahwini selama 10 bulan ternyata seorang wanita.

Setelah menyedari dirinya ditipu, NA telah bertindak untuk menyaman suaminya itu Ahnaf Arrafif (AA) atau identiti sebenarnya, Erayani di Mahkamah Daerah Jambi.

Kenal menerusi aplikasi yang disyorkan rakan sekerja

NA mengakui bahawa dia mengenali suaminya itu menerusi aplikasi ‘dating’ Tantan. Malah suaminya itu turut mendakwa bahawa dia merupakan seorang doktor pakar dari kelulusan New York.

“Saya kenal dia sejak Mei tahun lalu. Selama 10 bulan perkahwinan saya tinggal bersama, dan pada asalnya saya tidak tahu bahawa Erayani bukan seorang lelaki,” jelas NA.

Isteri tidak pernah lihat alat sulit suami, tidak pernah buka baju ketika mandi

NA turut mendakwa sepanjang mereka bergelar suami isteri, dia tidak pernah melihat alat sulit suaminya.

“Saya pernah menjalinkan hubungan kelamin, tetapi tidak tahu bahawa saya ditiduri seorang wanita. Malah saya tidak pernah mengesyaki begitu kerana pernah diperkenalkan melalui panggilan video bersama dengan keluarganya.

“Saya tahu dia seorang doktor pakar bedah saraf serta pengusaha arang batu dan merupakan graduan dari luar negara, New York. Saya juga telah menyemak statusnya tetapi ia tiada dalam senarai,” ulas NA lagi.

Perkara ini terbongkar selepas ibu kepada NA mula mengesyaki tingkah laku defendan yang mencurigakan dan sering melihat dia mandi tanpa menanggalkan pakaiannya semasa mandi. Ketika itu barulah disedari bahawa defendan adalah seorang wanita.

Akui puaskan isteri ketika bersama dengan menggunakan jari

Sementara itu, defendan turut mengakui bahawa dia memuaskan isterinya ketika melakukan hubungan kelamin dengan menggunakan jari.

“Ya benar, keterangan diberi saksi, saya puaskan isteri saya dengan menggunakan jari dan tidak pernah menggunakan apa-apa lagi,” jelas defendan (Er).

Erayani juga mengakui kepada NA bahawa dia mempunyai hormon berlainan sehingga terdapat benjolan pada bahagian dada yang sebenarnya adalah payudaranya.

Hanya bawa isteri berjumpa keluarga angkat pada tahun lalu.

Bukan itu sahaja, NA turut mengakui tidak pernah berjumpa dengan keluarga kandung suami dan hanya di bawa ke rumah lamanya di Lahat pada Disember 2021 untuk bertemu ibu bapa angkatnya.

Malah ketika ditanya berkenaan asal usulnya, ‘lelaki’ itu tidak pernah menjawab persoalannya.

Terdahulu, pasangan ini telah mendirikan perkahwinannya di rumah ibu NA di Kenali Asam Bawah, Kota Jambi pada 18 Julai 2021.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.