fbpx
Now Reading
Umum Negara Dah Muflis, Rakyat Sri Lanka Terkejut Jumpa 17.85 Juta Rupee Dalam Istana Presiden [Video]
penunjuk perasaan jumpa wang tunai jutaan rupee di kediaman presiden

Umum Negara Dah Muflis, Rakyat Sri Lanka Terkejut Jumpa 17.85 Juta Rupee Dalam Istana Presiden [Video]

Disebabkan berang negara menjadi muflis dan kumpulan penunjuk perasaan telah bertindak menyerbu kediaman pemimpin tersebut sebelum menjumpai wang tunai yang bernilai jutaan rupee.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui Sri Lanka sedang mengalami krisis ekonomi yang buruk sehingga menyebabkan negara itu muflis.

Susulan dengan perkara itu, penunjuk perasaan telah menyerbu kediaman rasmi Presiden Gotabaya Rajapaksa dan menemui wang tunai jutaan rupee Sri Lanka yang kemudian diserahkan kepada polis pada 11 Julai lalu.

Memetik laporan Kosmo, kumpulan penunjuk perasaan telah menjumpai wang tunai bernilai 17.85 juta rupee (RM221,350) tersebut di dalam longgokan wang kertas baharu dan wang tersebut kemudian diserahkan kepada pihak polis selepas mereka menyerbu kediaman tersebut pada 9 Julai lalu.

“Wang tunai itu diambil pihak polis dan akan ditampilkan di sebuah mahkamah pada hari ini (11 Julai),” jelas jurucakap polis.

Selain wang tunai, jumpa beg penuh dengan dokumen

Menurut beberapa sumber, sebuah beg yang penuh dengan dokumen turut dijumpa ditinggalkan di dalam istana tersebut.

Presiden itu terpaksa melarikan diri dari kediaman yang berusia dua abad itu pada 31 Mac lepas, apabila kumpulan penunjuk perasaan telah cuba untuk menyerbu masuk ke kediaman tersebut.

Guna pintu belakang larikan diri

Difahamkan, menurut sumber rasmi kepada AFP, Rajapaksa yang berusia 73 tahun itu telah menggunakan pintu belakang untuk melarikan diri dengan diiringi anggota-anggota tentera laut sebelum menuju ke timur laut Sri Lanka dengan menaiki bot.

Bagaimanapun, lokasi sebenar tidak dapat diketahui setakat pagi semalam (11 Julai). Namun pejabat Perdana Menteri Ranil Wickeremesinghe memberitahu bahawa Presiden negara itu memaklumkan secara rasmi berhubung hasratnya untuk meletakkan jawatan tanpa memberikan satu tarikh tertentu.

Perdana Menteri Sri Lanka nak letak jawatan

Sekiranya presiden tersebut meletakkan jawatan ini menjadikan Wickremesinghe secara automatik menjadi pemangku Presiden sehingga Parlimen memilih wakil rakyat yang baharu.

Wickremesinghe bagaimanapun, turut menyatakan hasratnya untuk meletakkan jawatan jika wujud konsensus bagi membentuk sebuah kerajaan perpaduan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.