fbpx
Now Reading
Iklan Hari Kebangsaan MBSB Bank Buat Ramai Sebak, Semangat Perpaduan Antara Kaum Masih Teguh [Video]

Iklan Hari Kebangsaan MBSB Bank Buat Ramai Sebak, Semangat Perpaduan Antara Kaum Masih Teguh [Video]

Menerusi iklan yang berkonsepkan eksperimen sosial itu, pelbagai kaum dilihat membantu warga emas terbabit menolak keretanya yang sedang rosak.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap kali menjelang Hari Kebangsaan, pasti akan ada segilintir rakyat Malaysia yang tidak sabar menunggu iklan komersial daripada syarikat-syarikat ternama yang ada di negara ini.

Apa yang diharapkan, pastinya mesej yang cuba disampaikan kepada segenap lapisan masyarakat dapat difahami dan dirasai.

Pelbagai kaedah dan idea kreatif yang digunakan oleh syarikat-syarikat ini agar semangat patriotisme, perpaduan dan keharmonian dapat kekal dipupuk.

Iklan Hari Kebangsaan berkonsep eksperimen sosial

Begitulah yang dilakukan oleh MBSB Bank apabila menghasikan iklan Hari Kebangsaan berkonsepkan eksperimen sosial bagi menilai tahap perpaduan di negara ini.

Iklan terbabit yang dimuat naik di laman YouTube selain dikongsi di platfrom media sosial yang lainnnya berjaya meraih perhatian para penonton apabila semangat perpaduan antara kaum jelas kelihatan menerusi video terbabit.

Menerusi video, warga emas terbabit memasang bendera Jalur Gemilang dikeretanya, namun tanpa diduga ketika sedang memandu kereta terbabit rosak di tengah jalan.

Kejadian tak diduga itu membuatkan warga emas berkenaan terpaksa menolak keretanya sendirian sebelum dia secara tiba-tiba dihampiri oleh orang di sekeliling yang pantas membantunya.

Pelbagai kaum menghulurkan tangan beri bantuan

Apa yang menyentuh hati apabila terlihat jelas individu-individu yang menolongnya terdiri dari pelbagai latarbelakang dan agama antaranya kaum Melayu, Cina dan India.

Foto: MBSB Bank
Foto: YT MBSB Bank
Foto: YT MBSB Bank

Jelas bahawa semangat perpaduan di negara ini masih kekal teguh walaupun terkadang kita dikejutkan dengan pelbagai berita mengenai isu perkauman.

Rakyat Malaysia turut kongsi pengalaman mereka

Iklan tersebut sekaligus telah membuka ruang buat rakyat Malaysia berkongsi pengalaman mereka yang tersendiri apabila dibantu atau membantu kaum lain disaat kesusahan.

Melihat di ruangan komen pula, rata-rata pengguna media sosial yang menonton iklan terbabit berasa sebak serta bangga dengan semangat perpaduan pelbagai kaum di negara ini.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.