fbpx
Now Reading
Taat Pada Agama, Mane & Mazraoui Pilih Tak Pegang Bir Masa Bergambar Bersama Pasukan Bayern Munich

Taat Pada Agama, Mane & Mazraoui Pilih Tak Pegang Bir Masa Bergambar Bersama Pasukan Bayern Munich

Menerusi info di akaun Instagram rasmi Bayern Munich, foto ini diambil bagi mempromosikan sebuah syarikat bir terkemuka di Munich, Jerman.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Taat Pada Agama, Mane & Mazraoui Pilih Tak Pegang Bir Masa Bergambar Dengan Rakan Sepasukan Di Bayern Munich

Peminat sukan bola sepak pasti tahu kewujudan ramai bintang ternama di Eropah yang beragama Islam. Antara bintang yang sering mendapat liputan meluas adalah Mohamed Salah, Paul Pogba, Mesut Ozil, dan dua bintang Bayern Munich iaitu Sadio Mane dan juga Noussair Mazraoui.

Terbaharu nama Sadio Mane dan Noussair Mazraoui menjadi sebutan ramai selepas kedua-dua mereka dilihat menolak untuk memegang bir sewaktu sesi bergambar bersama rakan sepasukan untuk satu foto rasmi kelab.

Menerusi info di akaun Instagram rasmi Bayern Munich, foto ini diambil bagi mempromosikan sebuah syarikat bir terkemuka di Munich, Jerman.

Menurut laporan ESPN FC, Mane yang juga bekas pemain sayap Liverpool enggan memegang bir kerana menghormati agama Islam.

“Sebagai seorang Muslim yang taat, Sadio Mane memilih untuk tidak memegang bir sewaktu sesi fotografi yang menjadi tradisi pasukan Bayern Munich,” tulis ESPN.

Perkara sama turut dilakukan rakan sepasukannya yang juga pemain antarabangsa Maghribi, Noussair Mazraoui.

Dapat pujian ramai

Tindakan kedua-dua pemain ini ternyata mendapat perhatian ramai termasuk portal sukan dan berita di Eropah.

Ramai yang memuji dan menyifatkan mereka bukan sahaja mempunyai prinsip tersendiri malah boleh menyesuaikan diri di mana sahaja mereka berada.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.